Monday, November 18, 2013

pengorbanan yang tidak terbalas.

Rindu masa kecik, rindu masa hingusan, rindu masa bujang, rindu segala-galanya.

sekolah

Ingat lagi, dari mula sekolah sampai dah habis sekolah menengah, setiap malam mesti ibu tanya, "esok nak sarapan ape?" kang masing2 berebut2 jawapan sarapan pilihan masing2. kadang2 sampai brgaduh. mmg pagi tu ibu masak jgk ikut pilihan anak-anaknya. contoh, aku dgn fikri aku suka roti sandwich telur. tp anis suka quaker oat. maka, dua-dua la ibu aku buat. setiap pagi tu jugak la bekalan dan air minum masing2 siap kt depan beg sekolah. tapi anak-anak yg x reti nk bersyukur ni tetap jugak la mintak ayah duit belanja. ayah pun bg duit belanja tanpa sebarang rungutan. 

sebelum naik kereta ke sekolah, mesti kitorg mcm ni kat ibu, " ibu, nak salam. cium? bye!" tp bila dengan ayah, "ayah, nak salam" pergi berlalu ke sekolah tanpa cium sbb malu la konon. hahaha.

pastu balik sekolah, makan tengahari, minum petang, makan malam dah tersedia. tp yg peliknya, walaupun makanan tersedia dan kerja aku mmg makan je tetapi tetap jgk kurus keding. tp sekarang, aku yg berhempas pulas memasak, aku plk yg badan menaik. heran heran!

tuisyen pagi petang ayah hantar semata2 nak anak die pandai. tp banyak2 tuisyen yg aku pergi, aku cuma suka tuisyen matematik dan matematik tambahan. aku paling x suka tuisyen subjek sains fizik kimia dan english. rasa mcm nk buat2 demam je tau tp apakan daya, duit kelas dah bayar, kena la pegi jgk. haha.cikgu selalu sindir aku, "hai ain, x kan kemana2 nk bwk kalkulator je? subjek sains yg lain xde guna kalkulator pun" maksudnya, aku punye suka dengan subjek math dan add math sampai pegi mana2 pun nk berkalkulator sedangkan subjek lain, aku lgsung x pandang. sbb cita2 aku kononnya nak jd cikgu matematik tp aku alpa yg nk masuk IPG subjek lain kena kredit jugak. kesudahannya, skrg setiausaha jgk la kerjaya aku. 

masa tengah study malam, aku ckp kat ibu, xde radio ke? sbb belajar malam2 selalu ngantuk, x lama lepas tu, radio dah ada kat meja belajar aku. time tu kan radio jela yg jd hiburan. tp x bersyukur jugak.  pastu, nak hp. nk msg kawan2 bincang soalan susah. x lama pastu, hp plk. hp pertama aku adalah panasonic yg kecik tu. itupun ibu punya sebenarnya tapi aku buat harta sendiri. ibu pun bagi je tanpa sebarang rungutan. hehe.

masa lepas dapat result SPM dan masa tu dpt tawaran poli, ayah bawak kedai hp belikan hp baru model motorola L7i yang time tu tgh hangat di pasaran. keseronokan x terhingga. tp itu pun ttp x bersyukur. nk plk hp lain bila dh bosan dgn hp tu. tp ayah x layan. padan muka! mcm ko hebat sgt kan. bila pikir balik, menyampah pun ada dengan perangai aku ni.

yang penting, semua kenangan manis.

politeknik

pertama kali masuk duduk asrama kat politeknik, mmg bermandi air mata jela aku satu sem. bayangkan 6 bulan aku melalak setiap malam nak tidur. payah betul aku nk hidup sorang2 time tu. setiap 2 minggu or 3 minggu ayah dtg port dickson amik aku blik btu pht.  setiap kali masa makan, ibu monitor. tp mcm biasa jawapan aku selalunya maggi. sampai ayah membebel suruh gtau kalau x cukup duit nak makan. duit nk makan mmg cukup tp kekadang masa nk makan terganggu, xde selera nak makan dan jawapannya mmg cnfirm maggi. sampai la sem 4. 

sem 4 aku duduk rumah sewa kat luar poli. masa ayah hantar kat rumah sewa tu, habis satu rumah tu ayah cek kunci pintu, pagar dan segala kemudahan kat rumah tu. ibu pulak mcm biasa la, mmg sentiasa berbungkus2 makanan, biskut utk anak die, mcm kat situ xde kedai. punya la bersusah payah x nak anak die kelaparan. bila cuti perayaan, tiket2 bas selalu mmg sold out. time tu la ayah ibu dtg amik. mengangkut la barang2 anaknye kesana sini. pastu balik ke port dickson semula naik bas. masa blik kg ada 2 beg. nk blik pd semula jd 3 beg. tambah 1 beg yg penuh makanan dr ibu. sem 4 jgk la baru aku start pandai berdikari. lmbt kan. haishhh.

begitu jugak dengan adik aku, anis. perkara yang sama jugak berulang. ibu bapa mana yg nak biarkan anak die susah. semua ibu bapa nk anak die senang. cuma kekadang kita je yg x bersyukur. 

kerja

habis poli, duduk rumah tanam anggur, mengadap myspace dan online memanjang time tu, 2-3 pagi baru tidur.. 5 bulan lepas tu, aku dipanggil utk lapor diri. ibu ayah jugak la yg berusaha menghantar anaknya pegi lapor diri walaupun time tu anis ada spm dan fikri pulak exam kelas khas agama. 3 hari 2 malam ayah tunggu kat putrajaya sampai la aku dpt rumah sewa. barulah ayah ibu senang hati balik rumah. bayangkan mcm mana dengan adik2 aku yg amik exam tu kat rumah. kesian diorg.

sepanjang aku berbujang di perantauan, mmg  x sah kalau xde  2- 3 call dr ibu ayah sehari tanya dah makan ke belum, tengah buat ape. anak sulong kan. untung. hehehe. ayah jugak la yang tanggung aku sebulan sebelum dapat gaji. 

sebulan lepas tu, berdikari menjalani hidup sendiri walaupun menghadapi rintangan dan dugaan. semua aku mengadu kat ibu. dengan siapa aku berkawan, berlawan semua mengadu.

tp sekarang dah bersuami dan beranak, barulah lega hati ibu ayah agaknya ada orang jaga dan lepas satu tanggngjawab. masa mula2 kawin, hari call ibu update isu semasa. hehe. tp sejak beranak, nk call ibu ayah pun jarang2. kadang 3-4 hari baru call. tp semua tanya pasal cucu jelaaaaaaaa.. . .


penutup

sampai sekarang kalau balik kampung, aku mmg xde ape nk dibawak. tp bila aku blik putrajaya, mcm2 yg ibu ayah bungkuskan utk aku bwk balik. sbb kalau tnya ibu ayah nk along bwk pape x? jawapannya, "xpayah la. ko dah la balik mlm. nnti jgn gerak lambat sangat la." ecececeh! ayat bukan main risau tp sebenarnya aku tau, ni mesti x sabar nk jumpa cucu kannnn. haha.






*********************************************************************************



tau x ape punca semua cerita ibu ayah terkeluar hari ni?

semuanya sebab :




nasi lemak yg pepagi buta aku sediakan sendiri.
semuanya sebab aku rindu nasi lemak ibu. waaaaaa!
*ada kaitan? muahahaha