Tuesday, January 17, 2012





Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu. *aduh . kena muhaabah diri ni sbb selalu laki aku balik kerja aku x mandi ^^
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut. * sy sokong die maen futsal tp dgn satu syarat, sy akan ikut . sbb lepas tu boleh mintak makan roti canai . hee . 
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh. *aku akan buat kalau aku duduk rumah dan tidak bekerja contohnya hari sabtu atau ahad. sejak dah buyut ni aku makin malas nk bangun. isteri mithali kah aku ni ? tentunya jawapan suami aku adalah TIDAK ;) kan bb ?

Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda. *bak kata upin ipin, "betul betul betul ! dan die pn x perlu risau  sbb ak x suka emas kuning2 tu dan aku pn x akan mintak . ngeh3"
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda. *alhamdlillah setakat wlaupn makanan yg ak masak x sedap, tp die ttp ckp sedap . hohoho !
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta. *xpayah mintak pendapat . baru tunjuk terus bg pendapat . bagus2 . keep it up, bb ! :)
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah. *sangat-sangat setuju . kenapa ye ? hmm .
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan. *yeah part ni aku sokong 110 % ! kesian aku makan hati je hari2 . sob3 ~