Showing posts with label Ofis mummy.. Show all posts
Showing posts with label Ofis mummy.. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Sambutan Hari Raya Bahagian Sumber Manusia, KKM 2015


Hari ni, jamuan lagi. dan penutup bagi semua jamuan hari raya di pejabat. Fuhh. 2 minggu akhir ni banyak betul jemputan jamuan raya. Tapi seronok dapat makan free. Sedap-sedap dan macam-macam pulak tu makanannya. Muahaha.

Kali ni jamuan untuk Bahagian Sumber Manusia. Tahun-tahun sebelum ni buat kat dewan. Kali ni buat kat Bilik Mesyuarat sahaja. 

Eh?! Tengok, siap guna semula backdrop yang semalam punya. Asal jadi la. Kita tukar huruf dan sengetkan sikit je kali ni. Boleh la asal sedap mata memandang.


Tadaa! siap! Hasil kerja panjat-panjat husband kak Bibi. Kitorang yang perempuan main tunjuk-tunjuk je. Maaf ye ;P


sila #inikanrayabsm2015 tauuuuuuu.



Makan nasi beriyani pulak hari ni. Pastu membuatkan staf-staf kat sini mengantuk dan tidur sampai tak sedar jam dah pukul 3 lebih. Aku la tu. ;P





Dah macam dalam cerita Jack and The Giant Slayer bila aku tengok gambar ni. hahahahahahahahaha!
Sorry kak Mas ;P



kak Mastura dan kak Masliha. Masalahnya dua-dua panggil Mas. 

Akhir kata, camera kak Mas jadi mangsa lagi. Kak Masliha yeee ;P

Sekian :)





Sambutan Hari Raya Kementerian Kesihatan 2015



Pada 11.8.2015, iaitu Selasa lepas diadakan Majlis Hari Raya dan bersekali dengan Majlis Penyerahan jalur Gemilang oleh YB Menteri Kesihatan. Macam-macam makanan ada. Setiap gerai dah dibahagikan. Ada laksa, roti naan, sate, cendol, salad, buah-buahan, lemang, putu piring, rendang, nasi mandy, kuih muih dan macam-macam lagi. Ni semua yang aku nampak la.  Tapi tumpuan utama makanan kali ni adalah kambing panggang. nom nom nom!

Turun jam 11.00 pagi sebab nak cop tempat. Hahaha. Tapi majlis bermula jam 12.45 lebih kurang. Macam biasa la menungu orang tertinggi datang memang lambat la. 

Masa ni segala pantang larang makan untuk orang diet memang takde dah aku rasa. Bedal je apa yang ada. Nasib leee. Lepas raya ni baru pikir diet semula. Hahaha.




Hai!
Triple Ain.
Triple Saloma Top.
Kekekeke.

Sekian. 




Jamuan Hari Raya gabungan Unit PK, Unit HD dan PA Vogue katanya.


Semalam, ada jamuan raya lagi . Macam mana nak diet kan. Hahaha. Ta boleh tahan maaa tengok makanan manyak-manyak yang sedap-sedap, lemak-lemak dan amat menyelerakan nye pun ni haaaaa. kahkahkah.

Jamuan kali ni gabungan Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit HRMIS Data dan PA-PA yang vogue, awesome dan jelita. Eh? ;P
Selalu orang je kan yang jemput kita makan. Datang buat muka tak malu je makan. Dah la x sumbang pape. Nak buat macam mana. PA dalam Bahagian Sumber Manusia ni 4 kerat je. kalau buat potluck, macam tak meriah je aku rasa. 

Kali ni, kitorang join potluck diorang ni. Haaa. Baru rasa tak segan sangat nak makan macam-macam. Kekekeke. Kitorang just share tempah cheese tart dan kuih koci je. Bunyi share tu macam banyak je kan. ;P

Tema jamuan, ala-ala kampung, duduk atas tikar, makan bersila, duduk bersimpuh dengan kesopanan dan kesusilaan. 

Hasil kerjasama jugak, dapat jugak buat prop dan backdrop photobooth ni kan. Aku pun memang suka bab benda remeh-temeh sememeh macam ni. Prop disediakan oleh staf unit HD . Prop faveret adalah instagram. kekeke,  Kak Mastura dan aku pulak cuba menghias bidai ni untuk jadi backdrop photobooth ini. Simple-simple je guna apa yang tersedia ada. Apa yang penting? KERJASAMA.


#meletopraya2015 #unitPK #unit HD #PA awesome okayyyy.



Macam-macam makanan ada semalam.






Sebelum majlis, dah meriah dulu dengan sesi bergambar beramai-ramai. Mana ada camera, kat situ nak menyelit masing-masing. Seriously, buat pertama kali, aku tak sentuh langsung kerja atas meja pagi tu sebab tolong buat persiapan. Nasib baik dapat bos yang baik. muahahaha. Ye la kan. pertama kali join  jamuan dan tolong buat persiapan. Itu yang kononnya busy ssanggatt.
 Macam tahun-tahun yang sebelum ni, aku duduk je mengeram telur dalam bilik, bila semua siap, orang panggil, datang makan ;P 

Seronok sebenarnya bila kita menyibukkan diri tolong buat persiapan. Boleh lambai tangan "Bye!" sekejap kat surat atas meja tu. ;P






PA-PA yang awesome, vogue dan jelita. Again?! hahaha,







Bos ni sporting habess. Layan je staf dia nak bergambar ;)



























Gambar-gambar yang cantik ni semua dari hp kak Mas.Siapa suruh bawak monopod kan. Kan dah jadi camera rasmi sementara. Hahaha. Pape pun, terima kasih kak Masliha binti Saari. Siap nama penuh aku bagi. ;P


Pastukan.................





Macam naakkkk..................





Macam nakkkkk....






Kena lempang?









Eh tak.




Macam nak......




Nak selitkan juga gambar sehari sebelum hari kejadian.





Hahaha. Huhuhu. Hihihihi. Hehehehe.





















Sekian.

Friday, August 23, 2013

Pengalaman pengalaman.

Semalam adalah hari mommy bawak Damia ke ofis. Bunyi mcm comel jee. Namun pd hakikatnya . . .

Mommy terjerit2 panggil Damia Damia Damia sbb nak berjalan je kerjanya. Kang tiba2 hilang pastu nangis. Haishhh Damiaaaaaa!

Kul 7.15 dah sampai ofis. Gile awal ok. Aku wp2 dan sepatutnye masuk kerja kul 8.

Tolak tarik tolak tarik stroller tu sambil bg die tgj cartoon pocoyo, kul8.15 lbih kurang baru tido. Kejap tu auntie ain yeye dtg nak melawat sambil bergosip2, kul 8.50 Damia bangun semula. Hmm layan laaa berjalan sanasini dlm ofis tu. 

Bila dah penat, duduk dlm stroller balik sambil mommy suap mkn. Bile bosaaaannnnnn, berjalan2 semula. Cari member nak bermain2 kononnya. 

Berlarutan sampai tengahari keluar mkn dgn Daddy. Kitorg habis mkn cepat dlm kul 1.15 lebih kurang. Masuk je dlm kereta, Daddy ajak pegi isi minyak dulu sementara nk tunggu kul 2 baru masuk. Dlm kereta, Damia tewas akhirnya. Elok lepas isi minyak, Daddy hantar kitorg ke ofis semula dan Daddy gerak ke klinik. Mmg Damia nyenyak tido. Org bising2 dlm lif pun x layan dah. Kiranya kul1lbih tu tido sampai kul 4ptg baru bangun. Sementara tunggu Daddy sampai amik Damia,

Nampak x benda tersembunyi? Khusyuk habesss.

Layan cartoon pocoyo lg. sampai Daddy amik Damia kul 4.30 dan mommy balik kul 5 mommy balik.

Kesimpulannya, mommy just dpt buat kerja masa Damia tido je. Yg bestnye, masa pg bukan main byk kerja tp time tu plk si Damia x reti senyap. Tp bile ptg Damia nyenyak tido, melopong mommy mengadap pc tu sbb bila kerja dah siap, x tau dah nk buat apeeee. Boss meetingggggggggg la.

Sgt kesian Damia sbb seharian bwk die pegi ofis. Kat rumah kul 10mlm dah tido. Sbb selalunye Damia kul 11 baru nk lentok2, manja2, gentel2 dgn mommy nak tido.