Tuesday, July 5, 2016

Perancangan awal : Mengmas rumah.


Macam biasa, mood akan ke selatan bila bab nak menaip ni. Memang la ntah sape je nak baca post ni. tapi takmo kenangan dalam belog ni terkubor gitu je. Mari kita hidupkan mood menaip ni dengan bacaan,

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

"selawat 3 kali"

Mari mulakan.




Inilah benda pertama yang aku akan buat sebelum mula mengemas rumah. Bukan ape. Ini sebagai perancangan awal. nak buat apa-apa biar buat perancangan awal. Sebolehnya elakkan kerja 'last minute' sebab boleh memakan diri. Haha. Biarlah semua terancang dan tersusun. Takde la kejap nak letak perabot kat situ, pastu esok kat sana pulak sbb rasa tak sesuai. Laki aku jugak nanti yang kepenatan mengangkut perabot sana sini. Kesian dia.  ;P

Bila dah plan macam ni, mana perabot yang perlu dialihkan kita try susun ikut dalam plan asal tu. Kalau rasa tak sesuai, atau perabot tersebut tak muat, barulah boleh fikir alternatif lain nak letak mana. Setakat ni semua yang aku rancang menjadi je kecuali ada beberapa yang tak dapat dielakkan. Contoh : floor lamp dan glass cabinet.

Terima kasih ye suamiku yang banyak menyokong isterimu selama ni. 
Love u ♥