Wednesday, August 13, 2014

Raya 2014 yang simple tapi paanjaaannnnggg :)


Masih belum terlambat kan.
"Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Halalkan makan minum ain/along/hny selama ni."
Ayat standard kalau salam di pagi raya. Pastu nak sebak setiap kali salam. Sebak je tapi tak nangis pun. Wakaka.

Tahun ni raya tema kuning lembut. Damia je kuning terkasar sikit. Haha. Dan tahun ni pakai dress jela. Damia pun sama. Aku rimas tengok budak kecik pakai baju kurung. Rasa macam budak pakai baju kurung ni comot je memanjang dengan peluh lagi. Tapi kang dah besar sikit kena pakai jugak baju kurung. Takdela selama-lamanya anak-anak aku takde baju kurung. Ni pandangan buat masa sekarang je. Hihi. Padahal tahun depan dah berangan nak bagi kakak Damia pakai kebaya. Macam comel je. kehkeh.

Rasanya raya tahun ni paling lama kami bercuti. Sekarang ni, alhamdulillah suami dah ok bila nak apply cuti raya. Seronok la bila pikir seminggu terus cuti raya.  Sebelum ni suami kemain payah nak cuti. Kalau cuti pun sebelum ATAU selepas raya pastu dah payah nak plan balik sana sini. Masa belum kahwin, bujang terantangtanggg tu takpela jugak. Ni bila dah berkahwin masing-masing  taknak mengalah bila part balik raya. Tapi tu semua masa mula-mula kawin, baru ada anak. Biasa la, masing-masing belum serasi lagi. Tapi sekarang kitorang ok je balik mana-mana pun. Yang penting dua-dua kampung pun tetap balik cuma cepat atau lambat jela. 



Keluarga Faraedy.



Nak tau tak, rasanya gambar raya satu keluarga untuk tahun ni, ni je yang ada dalam album aku. Hebat tak? Haha.  Pastu  mood beraya memang hilang la sikit-sikit sebab time raya la gigi aku paling galak sakit. Sakit memanjang. Sakit sampai kepala, tengkuk. Pastu rasa macam sepanjang masa nak naik hangin satu badan.

Pagi raya macam biasa lepas yang lelaki solat, makan sarapan dulu. ada nasi impit, lemang, rendang ayam dan kuah kacang. Lepas makan, siap-siap. Lepas siap-siap, gambar-gambar dulu. Lepas gambar-gambar baru salam-salam raya minta maaf. 

Tapi dalam pada sakit gigi tu, masa raya pertama tu jugak terlepaslah aku punya mengidam nak makan ketupat original, sambal kacang, ayam masak merah, sambal ikan bilis, kuah lodeh yang tersangat sedap. Dia punye sedap sampai tak sanggup nak tinggal meja makan tu tau. Geleng kepala mak dapat menantu kuat makan. Muahaha. Memang aku rasa akulah paling lama duduk kat meja makan tu. Lama mengidam  dapat jugak akhirnya. Rumah wan ngah kot kalau tak silap la.. Takpe yang penting dah dapat resepi ayam merah yang sedap tu cuma tak tau bila nak dipraktikkan. hehe. Tapi pada masa yang sama, biasalah kan kalau rindu2 masakan ibu hari raya pertama tu. Sobsob.

Raya kedua bangun tidur, siap-siap pergi beraya rumah PakLong kat PD. Makan mi kari yang sedap dan kemudian, pegi rumah pakndak kat ___ err aku tak tau kat mana, Telefon laki dari tadi tak angkat call. Hehe. 

Ni gambar selfus. Damia ni ha dah pandai buat muka. Macam-macam rupa dan bentuk muka Damia buat. Suka betul. Nampak tak, aku pergi beraya pakai baju kerja je. Alaa bukan sedara-sedara tau pun tu baju kerja. Muahaha. Tunggu la tahun depan dah slim melim (kononnn) semula baru cari baju cantik. 

Malam tu, turn rumah mertua pulak buat makan-makan kat rumah. Aku tolong pape yang patut dibuat dan tetamu sampai dalam pukul 8 lebih macam tu. Dia punya ramai dah macam buat open house.

Siap ada liga pingpong ha. Seronok tengok orang main. Nampak macam kacang jeee. Tapi bila aku sendiri yang cuba main, dah macam main badminton aku buat. Muahaha.  Damia pulak, tak tidur satu hari, pukul 10 macam tu dah tertidur kat riba aku dalam keadaan bising orang main game terjerit-jerit, bunyi mercun lagi. Kesian Damia kepenatan satu hari beraya. 

Esoknya, raya ketiga balik yongpeng terus. Sampai yongpeng pukul 6.00 petang macam tu, wawa terus datang rumah sebab nak ajak raya rumah kawan sekolah lama. Excited sekejap. Tapi raya ketiga takde dah nak pakai baju kurung atau baju raya. Pakai tshirt dan kain sudehh.

Raya keempat, pagi-pagi lagi ayah ibu dan yang lain-lain dah balik Johor Bahru dulu sebab ayah kerja katanya tengah audit time tu. Apo laaa audit time nak raya. So, dalam pukul 10 pagi macam tu, kitorang keluar pergi checkup kat Klinik Kesihatan Yong Peng. mak aiii seronok checkup kat situ sebab aku sorang je yang pegi checkup time tu. Sekejap je dah siap. Lagi best, pertama kali, HB aku naik lebih 11 tapi berat makin turun. Agak pelik. Bila aku bagitau nurse baby dah mula gerak, dia rasa pelik. Dia kata mcm awal je. Aikkk? Aku lagi la PELIK. Lain tempat lain pandangan ke ape. Sebab kat Putrajaya pulak heboh tanya baby dah gerak ke belum. Tapi bila kat yongpeng, dia pulak yang pelik bila kita kata baby dah gerak. 

Lepas checkup baru balik JB. Balik JB terus pergi rumah atok. Rasanya setahun sekali je melawat atok. Tapi alhamdulillah dalam pada sakit-sakit tua pun masih boleh lagi berjalan, memasak. Tapi tak boleh berdiri lama la. Itulah satu-satunya nenek yang aku ada. Lepas makan-makan tengahari, siap-siap pegi beraya rumah makcik2 dan pakcik2. Rumah diorang semua dalam area JB jugak.Sampai malam beraya. Malam tu tidur rumah atuk. Kalau nak tau, kitorang pangil nenek dengan panggilan 'atuk'. 

Esoknya raya kelima, beraya ke rumah sepupu sebelah ibu pulak. Rumah wajib, pergi sepupu sebelah arwah atok lelaki, rumah pakcik ah seng dan ahsiong.  Pastu sepupu ibu sebelah atuk pulak. Makcik Busu and the gang. Haha. Lepas habis beraya baru pergi ziarah kubur arwah atok lelaki kat pontian besar dan terus gerak balik.
Sampai rumah, orang datang rumah beraya sampai pukul 1.30 pagi. Percaya tak? Bertongkat mata nak tunggu orang ni beraya.. Kuat betul semangat orang Johor ni beraya =_=.

Raya keenam takde buat ape. Ibu masak nasi lemak bungkus daun pisang time tu. Senyum gembira perut aku hari tu. Aku sorang je makan 5 bungkus. Laki aku jangan kata. 8 bungkus dia sorang. Adik-adik aku yang lain pun sama je lebih kurang. Dah makan kenyang kat rumah pergi la bawak adik-adik nak pegi karaoke. Budak-budak kan tengah kaya sekarang. Diorang la belanja. Damia pulak siap boleh tertidur dalam bilik tu dalam keadaan bising orang melalak menyanyi.  kehkeh. Balik rumah, rehat-rehat, raya rumah makngah depan rumah je. Balik rumah tengok ada lagi orang datang raya rumah ibu ayah. Tengok jam, mak aii pukul 11 malam kot. -__-"

Hari Ahad, hari lasti cuti raya. Nak nangis bila pikirkan esoknya dah kerja. Nak tunggu cuti raya rasa macam sebulan. Tapi bila dah cuti raya, berlalu macam sehari je cuti. Pukul 5 petang, gerak la kami balik Putrajaya yang 'tercinta'. -__-


Dan raya tahun ni jugak takde koleksi gambar-gambar beraya di kampung yong peng. Ntah takde mood nak bergambar. Taakpe la. Tahun depan kan ada InsyaAllah.

Ini semua GIGI PUNYA PASAL. Terima kasih.

Dan ini sahaja cerita cuti raya kami. Simple tapi panjannnnngggg. Haha.


**Tengah pikir bila la nak pergi simpan duit raya kakak Damia ni. Malas betul la nak menapak pergi Tabung Haji kat anjung tu.