Wednesday, July 16, 2014

Tahap kerajinan memasak bulan puasa tahun 2014 ;D

Sekejap je masa berlalu. Dah masuk 18 Ramadhan hari ni. Tahun ni puasa macam hampeh. Sejak berkahwin ni, aku rasa tahun lepas jela aku merasa puasa  sebab kalau tak puasa pun sebab 'rahsia perempuan'. Tahun ni, takde 'rahsia perempuan' pun, tapi ntah la.  makin teruk. 

Walau bagaimanapun, rasanya puasa tahun ni aku paling banyak memasak. Kehkehkeh *kembang hidung kejap*. kalau cuti memang kena la memasak . Lagipun, permintaan suami . Tapi dugaan betul kalau nak taat kata suami ni tau. Dugaan tu semestinya kemalasan. Haihh. Tapi kalau waktu bekerja tu, larat tak larat la nak memasak. Masak pun takde la semua lauk. 

Sebagai contoh, kat pejabat aku pegi beli satu lauk, nanti kat rumah aku masak la lagi satu lauk. Sampai rumah selalu jam 6 petang. Kalau yang expert bab memasak, boleh leee nak memasak 2-3 lauk dalam 1 jam. Kalau yang tak beberapa nak reti memasak macam aku, 1 jam tu cuma mungkin  dapat masak 1-2 lauk je. Itu pun kalau yang simple macam sup telur atau ayam goreng. Mau kembang tekak laki aku tengok lak macam tu. hehe.

Kalau kata sayur tu, memang jarang ada dalam menu berbuka. Kalau ada pun, tu kira bertuah sangat la. Disebabkan tak masak sayur, lepas berbuka dalam jal 8.30-10 malam, nanti berjemaah la makan buah-buahan. Boleh mcm tu? kekeke.

Ni cara aku nak memotivasikan diri supaya rajin memasak. Ambil gambar lepas siap memasak! kononnya la. kehkeh.
Ini semua lauk masa hari cuti. Kalau makan kat luar kang, sekali makan RM 30-50 melayang. takpun RM100?  Paham-paham jela nafsu orang puasa macam mana. Kalau dah 5-6 hari makan luar, berapa banyak dah habis duit? Hishhh. Lagipun, aku bukan kaya bebenoo la nak makan sana sini. Beli la barang basah dan  masak. Tapi inilah yang puaskan hati sebab tengok suami dan anak makan air tangan sendiri. 
*misi menyedapkan hati sendiri =_=.

Kalau nak tau, bab memasak pun, ada tahap kerajinan tau . Ikut andaian sendiri jelaa. Semuanya ada 6 tahap. Kehkehkeh.

5 ----------------------------------------> 0
Sangat rajin ------------------> Sangat malas.


Rajin tahap 5 : ketam masak lemak nenas, ikan kerisi goreng hancur, kacang panjang campur ikan bilis goreng garing, jemput-jemput pisang..


Rajin tahap 4 : sambal udang petai, ayam goreng tepung, kacang panjang goreng lagiiiiii.

Rajin tahap 4 : ayam masak ungkep (makanan jawa), sup telur dan tempe goreng. 

Rajin tahap 3 : ikan pari sumbat sambal belacan bakar (untuk suami) dan tak sumbat (untuk diri sendiri dan anak), cicah sambal kicap dan sambal belacan adabi hehehe. pizza tu beli kat pejabat. 


Rajin tahap 4 : sambal udang, ayam goreng kunyit dan sayur bawam masak air. 

Rajin tahap 3 : sotong kam heong, ayam masak hitam manis. Dua-dua lauk ni permintaan suami. Nasib baik dia tolong goreng ayam.

Rajin tahap 2 : Beli 1 lauk kat cafe pejabat. Kat rumah goreng ayam / ikan, masak sayur dan masak nasi.

Rajin tahap 1 : Beli 1-2 lauk kat cafe pejabat. Sampai rumah, tinggal buat air dan masak nasi. 

Tahap 1 dan 2 memang selalu terjadi bila hari bekerja.

Rajin tahap ZERO : Beli semua makanan kat bazar termasuk air. Balik rumah tunggu waktu berbuka je. Tapi rasanya baru 1-2 kali je kot tahap ni. KIHKIHKIH.

Paham? 

Hishhh baru hari ke 18. Belum habis puasa lagi. Ntah2 lepas update hari ni, terus takde masak sampai hari terakhir puasa.

Berdoa  supaya diri ini menjadi lebih rajin seperti isteri-isteri yang lain. Amin.



Pape pun, persiapan raya tahun ni paling seronok sekali sebab mummy dan damia dah siap baju raya sebulan sebelum raya lagi. Memang awal sangat. Yang tinggal belum beli pun cuma yang kecik2 je seperti tudung, ribbon Damia, kain dalam. Eh? Hehe. Tapi rasanya macam nilah cara nak jimat bajet raya tau. Macam tahun-tahun yang lepas, seminggu lagi nak raya pun masih sibuk nak pegi Jalan TAR. Eh dah tak sanggup dah tahun ni. 

Tinggal la suami seorang sahaja yang x beli baju melayu lagi. Kang hari sabtu nanti kita pegi la berasak dengan orang ramai dalam jakel tu ye B? -____-" Tak tau la raya tahun ni suami aku jadi zizan razak atau aaron aziz. Mintak-mintak jadi la JUSTIN TIMBERLAKE. Eh? kihkihkih.

Me? Seriously? 
Haha.





p/s : Tapi aku rasa hari ni aku rajin tahap 1 je kot. Balik rumah tinggal masak nasi dan buat air. Kihkihkih. Rajin ke namanya tu?