Tuesday, July 23, 2013

Kisah tidur Damia yang .......... ~_~"

Tgk la muka budak xnak tidur ni. Senyum bukan main lebar lg kan.  Haihhh. Geram betul. Mommy nak tidur awal pun x boleh. Bila mommy baring tertidur, tau dia jerit marah x kasi mommy tidur. Berkejar2 nak suruh die tidur tau. Ada je akal dia xnak tidur. Bila mommy nak angkat dia, time tu la sibuk nak main selimut dgn Daddy. Masa kat depan tv, mommy nak angkat die, time tu la die sibuk nak duduk bersandar atas sofa pdhal sebelum ni xnak pun duduk sofa. 

Dah jam 12 kot baru masuk buaian tidur. Eh itu pun mommy paksa je Damia masuk buaian tidur. . Haihh sabar jela dgn anak mommy ni. 

Sebelum ni Damia senang je nak tidur. Kalau jam dah around 10 mlm tu, dia dah mula guling2 dengan bantal busuk die. Suruh mommy buka kotak pink ambil minyak then hulur kaki kat mommy. Maksudnya, nak urut sbb mmg setiap malam mommy mengurut Damia ni. Sambil mengurut tu, Damia minum la susu sambil khayal nak tidur. Siap je mengurut dan menyusu, terusmasuk buai. 

Satu lg kalau bangun malam, suka cari akal nak mommy teman die. First panggil mommy mintak tukar pampers. Pastu, merengek sambil angkat baju pegang perut, ok sakit perut mommy sapu minyak urut2 skit. Pastu, mommy nak tidur, panggil lg, urut kaki. Tp mommy urut lutut dan betis jela sbb Damia pakai stokin. Elok mommy letak kepala, panggil mommy sambil bukak stokin dan hulur kaki kat mommy suruh urut tapak kaki plk. Mommy nak tidur semula, kejut lg. kali ni urut belakang badan pulak. Dah mmcm org tua semua sakit2. Mommy baru nak tarik selimut, dah panggil lg nak susu plk. Dah bukakkan susu, mommy lelap kejap. Kena kejut lg tp kali ni cari penutup botol susu. Ntah kali berapa kena bangun, masa tu mmg dah hangen nak layan die je, "Daddy ambil buai la." Masuk je buaian terus tidur. Haihh Damia Damia....  Tapi waktu Damia bangun mesti tak lari kul 2 pagi.

Ada jugak bangun kul 2 pagi  tp menangis2 melalak x tentu pasal . mommy tanya kenapa tp x pandang mommy pun . tgk pintu je. No komen. Bahahaha. 

Makin besar, makin byk la akal kan.




Pastu masa nak kejar dia suruh tidur, mommy saja ckp 'smile!" sambil pegang kamera. Tgk apa yg Damia buat :




Damia melambai kamera sambil dgr suara Damia, "aaiiiii!" 
*ok fokus pd watak utama. Abaikan mommy daddy Damia yg baru keluar lumpur tu.