Saturday, June 22, 2013

Hari ni. Pagi ini.

Hari ni hari sabtu. Esok hari ahad. Lusa? Fikir sendiri.

Baa caaakkk! Eh, mommy ada? Mommy cuti ea? Daddy mana? Daddy? 


Jam 11.30 pg, Damia nyenyak betul tidur dr jam 9pg td. Biasa la budak kecik tu mmg habit dia suka bangun pg. Jam 6 pg dah terpacak kat depan muka mommy dia mintak susu (jari dia tunjuk susu sambil bunyi "momommom") bercakapnya belum pandai. Apa yg dia nak semua dia sebut momomom. Berbalik pasal Damia nak susu td, lepas susu mula aktiviti Damia mencucuk hidung mata mulut pusat mommy. X cukup lg, dia panjat pastu baring atas bdn mommynya sampai mommynya terbangun. 

DAMIA, HARI NI CUTI KOT. BG LA MOMMY TIDO LAMA SIKIT. 

Apa dia kisah. Yang penting dia happy. Dah pagi2 kena bangun buat breakfast budak kecik ni. Pg td Damia breakfast pancake dlm BI. Sbnarnya dlm BM adalah lempeng dengan telur goreng planta. Kehkehkeh. Makan seciput, dah nak main. Sambung makan, main. Sambung makan, main. Sambung makan, main. Pastu buat isyarat angkat baju. Maksudnya, MANDI! Aktiviti wajib masa mandi, rendam badan dia dlm besen mandi dia tu, buat bubble byk2, kang dgr la satu apartment suara dia menjerit suka. Pastu nanti Damia ajak la sekali mommy mandi. Ye skrg aku lebih senang mandi dengan Damia sekali. macam mana?  Suatu hari nanti ko akan tau mcm mana. Muehehe. Aksesori, permainan masa mandi pun ada jugak. Nanti la ada masa update pasal aktiviti Damia masa mandi. 

Lepas mandi, ambil bantal dan bantal peluk bucuk dia terus baring2. Tanda dah mengantuk tu. Bagus jugak dia tidur. Dalam jam 9pagi, sumbat Damia susu terus masuk buaian dan Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sampai sekarang. Aktiviti mommy plk bila Damia tidur?

Masak lunch Damia  (spageti dan yang lain akan difikirkan lepas ni)
Masak lunch sendiri ( Maggi je. Kahkahkah. Sbb tunggu si suami balik kerja kang beli lauk utk dimasak )
Menyapu rumah ( setiap hari mesti menyapu sbb sejak bersalin ni, rambut gugur x dpt dibendung)
Mop lantai rumah ( mmg dlm seminggu tu mesti 2 kali mop sbb menyakitkan hati bila tgk tapak kaki hitam bila x mop 3 hari)
Membasuh baju ( mesin yang basuhkan. Aku putar, tinggalkan je. Dasarr pemalas)
Melipat baju.
Dan dan dan ..... 

kejap lg membuta atas kain lipatan baju. Bye!