Hari ni genap 5 bulan Damia dilahirkan di dunia ni. Perkembangan terbaru Damia :
- Damia dah pandai pilih orang. maksudnya, die dah mula kenal orang. rase best jugak la bile die dah kenal mommy daddy die. tp x syoknya bila dah kenal mommy dan daddynye ialah, Damia mula mencebik muka nak nangis bila nak hantar pengasuh pagi2 (muka pandang mommy, tangan kat muka mommy, tengok muka pengasuh relax je muka. tp bila berada di tangan pengasuh, tgk muka mommy daddy jauh mula mencebik muka nak menangis)
- Makhluk kegemaran Damia ialah Daddy! setiap kali Daddy sampai umah je terus depakan tangan tersengih2, badan nk melompat minta diambil. Tp mcm biasa la Daddynye suka melengahkan dengan meletakkan satu persatu barang yg berada di tangan, pegi mandi, on tv baru pegang Damia.
- Letakkan Damia kat tilam, mula la die menjalajah dengan cara tersendiri (meniarap, baring, meniarap, berpusing, pastu baring balik, meniarap, tegakkan badan, puisng balik, meniarap....... blablabla..... smpai die nangis)
- Pandai gelak. mcm orang tua xde gusi. pehh jahat mommy ko ni kutuk. comel. kadang2 benda tu kita buat spontan tiba2 gelak. dan secara x sengaja kita pn akan mengulangi perbuatan atau perkataan tu semata2 nak tgk die gelak. contoh, hari tu adik ipar aku, erra saje sebut perkataan "tuturututut!" wahh gelak mcm ape. entah ape yg lawak aku pn xtau. smpai sekrang kalau sebut perkataan tu walaupn x ketawa, mesti senyum.
- Perkataan yg die suka sebut "atta atta atta atta attah!" berulang2. kadang2 tgh tgk tv tiba2 die sebut "apapapapapapa" atau "mamamamamam". mana la sebutan "mommy daddy" ? susah sgt agaknya. lame lg nk sebut tu. selalunya Damia jd byk mulut bile die nak tido. menjerit jgn ckp. Damia suka keraskan badan die pastu buat menggigil sampai org keliling ketawa dan berulang2 die buat. * semalam time tgk bola daddy tepuk2 tilam, Damia joget2 angkat2 kaki. mcm2 style die buat sbb suka sgt. comel!
- Nak bg die susu botol agak sukar sedikit bile tgn die pn sibuk nak pegang botol tu. kalau pegang betul xpe. kang kejap tarik botol tu, terkuis2. bile jatuh botol tu menangis. satu lagi, jangan ko amik barang yang ada kat tgn die. kejap lagi menjerit menangis mcm ape. ikot perangai sape la ko ni nak. mesti perangai daddy ko kan? klu bukan, ikot mommy die le tu!
- Pakai baby carrier xnak, pakai stroller pn sekejap je. alternatif yang terbaik adalah dukung!
- Kesian kalau tgk die renung kita makan. tangan cepat je panjangkan nak capai makanan. bile kita makan, minum smpai ke belakang die tgk. pastu tiba2 nti dgr bunyi "cup cup cup!" die buat mulut mcm nk hisap susu. bg susu xnak. kan x pasal2 aku bg kurma. bukan bagi byk. sikit je. tu pn buat rase2 je. tp nasib baik dktor kate kurma tu bagus tp jgn bg byk2.
p/s : sekejap je masa berlalu. pejam mata celik mata dah masuk 5 bulan. tiba2 terasa nak update pengalaman bersalin plk. mood typing ni. surat masuk, paper da siap key in. boleh la kejap lg ni. hehe :)