Wednesday, August 1, 2012

World Breastfeeding Week 2012 (WBW 2012)


MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA 
(world breastfeeding week)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Kali Ke  20, tahun 2012 Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan swasta, akan berlangsung pada 2 Ogos 2012 (Khamis) di Auditorium, Kompleks E, Presint 1, Putrajaya. Upacara pelancaran  majlis akan disempurnakan  oleh YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia bermula jam 11 pagi. Tema sambutan - “Understanding the Past - Planning the Future: Celebrating 10 Years of WHO/ UNICEF’s Global Strategy for Infant and Young Child Feeding”.
 


Susu


Rasional
  • Kemudahan penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam pewujudan penyusuan ibu.
  • 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya memberi laluan sokongan untuk membolehkan wanita mencapai tujuan penyusuan mereka dan sebagai panduan dalam latihan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyokong penyusuan ibu.
  • Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini memperingati ulang tahun ke 20 Deklarasi Innocenti yang menyeru perlaksanaan 10 Langkah tersebut di semua kemudahan perbidanan.
  • Sepanjang 20 tahun ini, lebih 20,000 pusat perbidanan, atau lebih kurang 28% dari semua pusat perbidanan di seluruh dunia telah melaksanakan kesemua 10 Langkah dan telah diiktiraf oleh Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).
  • Sepanjang tempoh ini, kadar penyusuan eksklusif juga telah bertambah.
  • Walau bagaimanapun, kemerosotan pemprograman BFHI di seluruh dunia, kekurangan latihan, dan pematuhan 10 Langkah yang lemah di pusat perbidanan yang telah diiktiraf, menyumbang kepada kepegunan dan kemerosotan kadar penyusuan eksklusif di kebanyakan tempat.
  • Telah tiba masanya untuk menyemak semula pendekatan ini dan menentukan hala
    tuju kita seterusnya.
Objektif Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 Langkah dalam penyusuan eksklusif.
  • Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.
  • Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.
  • Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.
  • Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.worldbreastfeedingweek.org


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

oleh yg demikian sy bersama ibu2 yg sekarang BF  bercadang utk sama memeriahkan majlis tersebut.


excited ooooooooooooooooooooo. thanx kt kak suliha. klu bukan die, aku pun xtau. 


p/s: esok la kan? untung jugak kerja kt Kementerian Kesihatan ni .