Moment yang paling tak sedia dan secara tiba-tiba akhirnya berakhir juga. kekekeke.
Tak sangka Ibu Ayah dapat menantu ketiga walaupun Achik baru berusia 22 tahun, Sama dengan umur along je kahwin tapi beza pandangan orang lain bila lelaki dan perempuan nikah awal ni.
Kalau diikutkan, pihak perempuan yang merisik. Urusan pun dipermudahkan oleh pihak perempuan. Alhamdulillah rezeki untuk Achik dan Alhamdulillah juga hanya sekali lafaz, Achik dah bergelar suami orang. Biarlah orang mengata dan berkata-kata. Yang penting kami sekeluarga sokong
Pengalaman tengok majlis yang simpe. Takde khemah dan kerusi banyak-banyak macam kenduri kawin yang grand dan meletoppsss tu. Takde persembahan tarian dan silat. Takde tol macam majlis kahwin aku tu (bridal yang gedik nak buat sebenarnya -__-). Pelamin sekadar untuk bergambar. Takde ikut adat bersanding bertepung tawar bagai. Kompang takde. Set karaoke yang selalu dengar suara orang menyanyi sampai pecah gegendang telinga, anak kecik nak tido pun tak boleh tu pun takde.
TAPI yang paling aku suka ialah sangat mewah dengan makanan kampung yang sedap! Orang jawa kan. Haruslah bangga jadi anak jawa! hahaha,
Senang kata majlis pun sekadar yang wajib sahaja untuk mengelak pembaziran ;P
Alhamdulillah sangat mudah dan majlis pun berjalan lancar

Jaga anak orang tu elok-elok Achik. Jangan sakitkan hati dan badan anak orang. Jaga makan minum pakai isteri tu. Takmo ego kalau jadi suami tu. Bukan mudah tau hadapi alam rumahtangga ni. Semoga tabah dan sabar hadapi semua halangan dan juga semoga urusan dipermudahkan urusan korang. InshaAllah along yakin Achik boleh.
Sebak juga bila adik lelaki ni kawin.
Lepas ni susah la Mianna nak jumpa Achik kesayangan dia.
T__T
Tahniah jugak la pada diri sendiri sebab pertama kali rasa dapat ipar perempuan ;P