Monday, December 7, 2015

Happy 32nd birthday :)




Alhamdulullah suami yang tercinta panjang umur hingga ke hari ni. Dah makin tua dah suami titewww. Hahaha. Umur I still 20-an lagi. Jangan jelesssssssssssssssss ;P

Semoga Bb jadi suami yang baik untuk isteri yang comel ni, auwww!
Semoga Bb jadi ayah yang penyayang dan baik untuk dua orang anak kita yang comyy tu Mia dan Arianna. 
Semoga Bb jadi anak yang soleh untuk mak abah dan menantu yang baik untuk mertuamu.
Semoga Bb dimurahkan lagi rezeki.
Semoga Bb sihat tubuh badan untuk menjaga keluarga kecil kita ni.
Semoga Bb panjang umur untuk melihat anak-anak membesar dan sentiasa bersama dengan isteri yang tercinta ;P sampai kerepot tuoo.
Aaamiin.

Love u ;*


----------------------------------------------------------------------

Simple celebration ;) 

Nak tau, setiap kali tengok orang upload gambar birthday kek Manchester United dalam fb, lama dia tenung. Hahahaha. Macam perangai budak-budak. ;P  Dah tau dah dia memang teringin kek Manchester United. Nasib baik ada kawan dari Poli dulu pandai buat cupcake ni tau. Sedap plak tu. 

Lepas je mandi, ajak dia sama-sama pakai baju Manchester United. Dia pun pelik sebab aku payah sikit nak pakai jersey ni sebab panas. Hahaha. Sebab lambat sangat nak sikat rambut, terus tarik dia pergi ke ruang tamu ni. Takde surprise sangat pun sebab dah tua dah. 

Diulangi, DAH TUA! Hahahaha. Saje nak tambah bunga-bunga cinta sikit dalam hati suami supaya rasa dihargai dan dicintai *muntahmuntahmuntah! ;P  
Lagipun, kakak Mia memang suka bab-bab birthday ni. Excited dia bila nampak kek tu. Arianna si kuat makan lagi la excited bila nampak makanan banyak depan mata Hahahahadoiiii anna ni.

Tak plan pun nak lukis-lukis tu semua. Lukisan buruk ni terhasil sebab layan kakak Mia melukis malam tu. Terus tetiba dapat idea nak sambut birthday Daddy ;P






Ini dia laki bini yang berbaju MU!

Dah cukup la tu! Tahun depan lari dari tema Manchester United. Hahahaha.


---------------------------------------------------------------------------------------


Sempena birthday Daddy semalam, Daddy balas balik jasa mummy, kakak Mia dan Arianna sebab bagi cupcake omeyy.  Daddy pun bawak mummy dan kakak Mia makan Sushi Zanmai. Tempat faveret. Kakak Mia peminat sushi. Tak payah la susah-susah mummy fikir dia nak makan ape kat sini. Arianna macam biasa la kena bawak bekalan makanan sendiri. Tu pun tangan laju je nak ambil makanan lain atas meja. Tak sedar diri, awak tu takdooo gigi. Hahaha.







Tak amik gambar makanan sangat pun sebab dah lapar sangat. 




Hi birthday boy! Terima kasih sebab belanjaaaaa kami anak beranak yang comeyy ni ;P

Yang best, birthday Daddy tapi yang dapat hadiah mainan, kakak Mia. Menyampah plk tengoknya. 
-__-'

Sekian ;)