Thursday, December 10, 2015

Mission baru : Bawa bekal ke tempat kerja ;P


Sejak GST diperkenalkan, perbelanjaan untuk anak-anak makin meningkat, tol, minyak, barang semua naik dan terus naik. Minyak tu, kalau turun pun seciput sen je turun. Sedih macam ni.
Baru-baru ni, tambang ERL pun naik mendadak. Susah hati macam ni tau, walaupun pergi kerja naik kereta. ;P

Buat cerita sedih. Kekeke.

-------------------------------------------------------------------------

Aku memang sangat MALAS nak turun cafeteria. Kalau boleh punggung tu nak melekat je kat kerusi. Apatah lagi, bau cafeteria ni, macam menusuk hidung. Perut berkeroncong sakan masa turun nak beli makanan. Tapi bila dah beli makanan, makan tak habis sebab terbayangkan-bayangkan bau cafeteria tu. Pastu baju, tudung, semua melekat bau. Macam mana ek nak terangkan. Aku je ke yang rasa macam tu sebab orang lain OK je aku tengok? Tapi kalau setakat beli kuih muih atau roti ok lagi Kalau dah lapar sangat, bedal jugak kannnn ;P

Pastu, kadang-kadang sanggup berlapar sebab dah muak dengan makanan cafeteria. Kadang-kadang sanggup pergi Alamanda atau keluar dari Kompleks E semata-mata cari makan tengahari. Tapi kalau hari-hari, pun bankrap naa. ;P

Suami pulak ceritanya, setiap kali rehat kul 1, lauk banyak dah habis. Kadang-kadang dia makan ape yang ada. Makan maggi goreng plk tu. Kadang-kadang, minum air je. 

Dengan itu, kami suami isteri capai kata sepakat untuk membawa bekal ke pejabat. Tapi, benda-benda macam ni takkan menjadi kalau sendiri yang mulakan.
Kita perlu bekerjasama di dapur untuk sediakan bekalan makanan. Baru aci. Hahaha.

Tapi takde bekal tu sampai berbento tu semua. Simple, se-simple, simple-nya. Yang penting perut gembira kenyang ;)






Semuanya sambal sambal sambal.

Sambal daging, 
Nasi lemakdan sambal tumis,
Sambal sardin,
Sambal udang,
Daging masak ungkep keppp kepp.

Simple. 

Senang buat sambal ni. Bila ada waktu free, blend cili kering sekali bawang besar, bawang putih siap-siap. masuk dalam bekas besar, letak dalam peti sejuk. Bila nak masak sambal itu, sambal ini, ceduk je dalam kuali, sedia untuk dimasak. ;P

Nak lagi simple, aku bawak sandwich je. Sanwich kapit telur, timun, salad. Sampai petang inshaaAllah boleh kenyang. Pastu layan minum teh suam-suam dalam sejuk aircond ni. Bestnyeeee.

Masuk hari ni. dah sebulan lebih bawak bekalan. Tapi ada jugak hari aku ngelat-ngelat tak bawak bekalan. Tak sampai sebulan la maknanya kan. kakakaka .

Mudah-mudahan terus la bawak bekalan macam ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah laaa.
Mana tau kann hari ni update, sekali esok bekal makanan ke mana, dia ke mana. kekkeke.

Doakan lepas ni bertambah rajin, rajin dan sentiasa rajin!
Aamiin.

Sebab kita bukan tau bila tiba penyakit MALAS kita kann.

Sebab penyakit MALAS ni, datang tak dijangka, pergi tak diduga. hehe.

^__^
Sekian.











**tapi hari ni tak bawak bekal pulak sebab terrlajak bangun ;P ;P ;P ;P ;P