Thursday, June 4, 2015

Hirup udara di Port Dickson sekejap je.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Pada 23hb yang lepas tetiba teringin nak pergi Port Dickson memandangkan tak tau nak bawak kakak Mia berjalan. Ingat nak bawak dia main air, main pasir. Yang si kecik emon (doraemon) pulak duduk diam-diam dengan mummy. jangan pandai-pandai nak terjun dalam air jugak yeeee.

Sesampai je kat Port Dickson, terus call Abang Apai sebab Kak Izan berkursus kat Hotel Seri Malaysia situ. Ajak Adam Malik main air sekali. Sampai kat pantai, hampaaaaaaa. AIR SURUT! Kemain jauh lagi air tu dari tempat asal. Pulak tu, Adam Malik mengantuk. Kesian dia. Main la kakak Mia sorang-sorang tanpa tukar baju lain.

Aku nak berjalan ke air sana? Kirim salam. Ketam bergerak sana sini. Takut! haha. Sudahnya, aku cari tempat untuk susukan Anna. Nasib baik si kecik ni dah pandai minum botol. Tak payah la angkat baju bagi nenen kan. 











Dari jauh aku nampak suami dan kakak Mia pakai life jacket. Ke mana saje la dua beranak ni nak pergi. Dah la hari tu kitorang berdua kena tinggal naik bot kat Putrajaya. Takkan  kali ni kena tinggal lagi.  -____-"

Hmmmm diorang tinggalkan mummy dan Anna kat daratan lagi. -__-



Naik bot ni kena bayaran RM10. Kalau nak sambung perjalanan, bayar lagi RM10 tapi kanak-kanak free. Suami cerita, dia taknak pun sambung perjalanan tu tapi dah orang-orang dalam bot tu majoriti setuju, terpaksa la dia kena setuju jugak. Macam tu la taktik perniagaan diorang ni. Yela takkan kita nak terjun dari bot ni kan. Nak tak nak, kena la ikut. Nasib la siapa suruh naik.

Tu je aktiviti kat pantai. Takde mandi pun, Tapi baju kakak Mia dah basah, tumpang la mandi kejap kat bilik Kak Izan. Selesai segala urusan, kitorang pergi makan.

Sementara tunggu makanan sampai, kami pun...................................






Setengah jam kemudian makanan pun sampai.....

-Ikan siakap masak cili kering
-Sotong sumbat stim
-Ayam masak halia (untuk kakak Mia)
- Udang masak sambal potaii
-Kangkung gorang belacan.

Licin habis kitorang makan sebab lapar sangat masing-masing. Habis makan, balik Putrajaya dalam keadaan kekenyangan. Sampai rumah,tidur untuk tambahkan lemak.