Tuesday, November 18, 2014

Anemia dan Talasemia.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Masa buat buku antenatal (anak kedua):
Doktor : Masa anak pertama, awak anemia jugak kan?
Aku : Haah kot.
Doktor : Kenapa kot pulak? Betul la anemia. Sebab sy tengok buku awak (buku antenatal anak pertama) Awak mmg anemia in pregnancy.
 (Dalam hati, menyumpah je. Kalau dah tau tu, tak payah la tanya. Annnnnneh!)

Kali kedua checkup :
Doktor : Sy syak awak ada talasemia. Sebab sy tengok keputusan darah awak, corak darah awak..... bla bla bla
Aku : Ooo ye ke? Talasemia macam pernah dengar tapi lupa. hehe.
Doktor : Takpe sy faham. Orang memang selalu abaikan pasal talasemia ni. Tapi bila anak dah kena penyakit talasemia baru nak kelam kabut. Baru nak menyesal tak amik tau dari awal. 
 (Eh eh doktor ni. terangkan la dengan cara elok-elok. Kemain garang lagi.  Tapi kalau ikut logik dek akal, memang betul pun kata doktor tu. Kalau tak, sampai sekarang aku tak tau talasemia tu ape.).

Seksanya, setiap 2 minggu kena amik darah setabung sebab anemia. Ditambah lagi amik darah berulang kali untuk ujian talasemia. Haihhh. Lepas 2-3 bulan, baru la dapat result yang tepat dan jelas dari Pakar Patologi, Hospital Putrajaya. Katanya dalam result tu, findings are consistent with Beta Thalassaemia Trait. Aku pun tak faham apakah Beta Thalassaemia Trait tu. Haha. Pastu percuma kena marah.

Doktor kata "Plss, ambil serius perkara ni. Jangan la nak gelak-gelak ye. Awak pembawa talasemia. Esok pagi, bawa suami dan anak awak pergi jalani ujian darah untuk pemeriksaan samada talasemia atau tidak. Sebab kalau suami ada talasemia, besar kemungkinan anak awak atau anak dalam kandungan adalah pesakit talasemia. Tau kan pesakit talasemia macam mana? Awak kena bawa anak pergi transfusi darah setiap bulan, injection semua. Awak doa la suami awak takde talasemia ni. Make sure esok mesti datang ye."

Tertelan air liur aku dengar. Pandai doktor ni main psiko dengan ibu mengandung yang tak bersalah ni. Haha.  

Takut punya pasal, keesokan harinya, suami dan anak pergi la ke klinik ambil darah. Damia masuk bilik tu dah melalak macam ape. Menjerit-jerit cakap, "Mummy nanak! nanak! nak uar! uar! (mummy taknak. nak keluar)" . Dah tau dah bilik tu tempat ambil darah sebab setiap kali dia demam, mesti kena amik darah kat situ. Haha.

Lepas amik darah, tunggu dalam 1 jam lebih kurang, dapat result. Nasib baik suami disahkan takde sebarang jenis talasemia. dudududu~  Tapi yang tak bestnya, Damia pulak pembawa talasemia. Tapi, pembawa talasemia bukanlah yang teruk.  Yang teruk adalah pesakit talasemia. Nasib kami hanyalah pembawa sahaja. Tapi result darah suami dan anak hanyalah ujian secara kasar. Kalau nak result lebih detail, diorang kena amik darah lagi. Tak sanggup la aku nak tengok budak kecik ni kena amik darah lagi. Cukup la aku tau yang suami takde talasemia ni.  Alhamdulillah. 

Lagipun, bagus jugak buat pemeriksaan darah ni memandangkan Damia memang anemia sejak dari bayi lagi. Biasa la. Like mummy like daughter. Hehe. Risau jugak kan. Lepas ni kena la bagi Damia makanan yang bayak zat besi dan vitamin-vitamin lain dalam pemakanan.

Mia ada anemia dan talasemia . Triple Mia di sini. Hehh.






ANEMIA

Info daripada myhealth.gov.my



Apakah Anemia?
Ia adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.
Sebab-sebab Anemia
  1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
    • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
       
  2. Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh :
    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
    • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
    • Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
       
  3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Mungkin berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.

    Jenis anemia yang biasa berlaku adalah :
    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia.
Tanda-tanda dan Gejala
Ramai yang menghidapi anemia dan tidak mengetahui sebabnya.
Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan
Komplikasi
Jika anemia sangat teruk, ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.
Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.
Rawatan anemia bergantung kepada jenis anemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. 





TALESEMIA


Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.
Jenis-jenis Talasemia
Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu
  • Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
  • Pesakit talasemia (Talasemia major)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:
  • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka
Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?
Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi

Rawatan untuk pesakit Talasemia
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan.Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.
Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan,. sementara rawatan gen masih di dalam kajian.
Komplikasi Talasemia
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
Bolehkah Talasemia dicegah?
Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.







Sekian.





Tuesday, November 11, 2014

Checklist barangan mummy dan baby untuk kali kedua. O.o


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Bila sebut je mengandung, mesti wujud checklist barang yang perlu dibeli dan disediakan. Checklist ni berdasarkan pengalaman yang lepas dan beli apa yang dah rosak dan takde sahaja. Ada je lagi barang kakak Mia yang boleh diguna pakai. Pink pun pink la. Tak payah nak bazir sangat. 

Yela. Takkan la tab mandian pun nak color ikut gender jugak. Dalam bilik air je pun. Guna jela apa yang ada. Kelambu pun guna jela yang kakak Mia punya jugak. Kalau keluar nanti boboy, guna je la. Takkan la kalau boboy pakai color pink terus jadi lembut budak tu kan. kehkeh. 

Ada yang rasanya langsung tak guna masa bersalin kakak Mia dulu, dah lama out dari checklist. Penat dah nak pendekkan checklist ni. 

Lagipun, azam untuk anak kedua ni InshaaAllah nak full beastfeeding. Mudah-mudahan dipermudahkan dan panjangkanlah rezeki untuk anak mummy nanti. 

Sekali imbas tengok, WOWWW! banyaknye color kuning. Bermakna, BANYAKNYEEE KENA BELI. Anak kedua ni ingat boleh la sikit-sikit jimat perbelanjaan. Biasa la kakak Mia pun dah nak masuk 3 tahun bulan 4 tahun depan, bermaksud barang dia masa baby pun seusia la dengan dia. Mana yang boleh pakai, aku amik, basuh dan simpan elok-elok. Boleh bagi adik kakak Mia pakai nanti. 





_________________________________________________________________________



Eh, macam tak percaya pulak dah nak jadi mummy kepada dua orang anak. Mimpikah? 
*Pukul pipi sendiri hentak kepala kat meja*

Tuesday, November 4, 2014

Bapa dan anak bergabung.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bila bapa dan anak bergabung.

Nak tau ape yang  terjadi?




Bising satu rumah dah macam ada anak 4-5 orang kat rumah. Kejap main bola, kejap bergusti, kejap main rebut barang, kejap jadi busker, kejap main kejar, kejap main sorok-sorok, kejap menangis, kejap main semula.

Aku dah tak mampu nak buat semua tu. Sakit pinggang.

Eh, aku suka je sebenarnya bila tengok suami layan anak. Bukan tak suka. Malahan suka yang amat amat amat! Nampak terserlah la sifat penyayang kat anak tu. Tak kisah la bingit macam mana pun rumah tu. Aku lagi suka. Biar la bising sampai aku kena sumbat telinga dengan cotton bud sekalipun daripada aku sakit hati tengok 24 jam pandang handphone, main game,  wassap, wechat, fb. Kan bb?

Teruskan usaha Bb melayan Damia. 
Bertambah sayang isterimu kepadamu, suami. 
Bertambah sayang juga anakmu kepadamu, Daddy. dudududu~

Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam yeee.

*TAK boleh puji-puji sangat ni. Bahaya. hihi.




Telan air liur. Lebih kurang dua bulan je lagi =__=

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Lebih kurang dua bulan lebih lagi.

Fuhhh!

Lebih kurang dua bulan lebih je lagi Damia dah nak jadi kakak secara rasminya. Sekejap je dah masuk 29 minggu. Tapi boleh dikatakan semua la kata perut macam baru pregnant 4-5 bulan. Nak buat macam mana. Kalau diikutkan, masa Damia dulu, perut macam sekarang ni, tunggu masa nak bersalin tau. kehkehkeh.

 Takut jangan cakap. Sama je perasaan masa nak bersalin dengan Damia dulu. Tapi lagi bertambah dan bercampur-baur perasaan tu. Awal-awal  pregnant dah pikir macam-macam.

1.  Takutnyeeeee nak bersalin. Pengalaman yang lepas pun masih terbawak-bawak lagi. Mintak-mintak la bersalin kali ni senang macam masa bersalin Damia dulu.
2.   Aku paling takut masa dia pasang drip kat tangan. Benda yang paling ditakuti selepas bersalin.
3.   Adakah kali ni bersalin normal jugak atau errrr. Takut nak sebut. *gigit kuku*
4.  Mudah-mudahan keluar nanti sihat tubuh badan, sempurna fizikal. Dengan izin Allah swt.
5.   Boleh ke aku handle dua anak ni? Mintak-mintak dipermudahkan. Orang lain boleh, takkan tetiba aku tak boleh. Lempang je kang.
6.   Agak-agak Damia cemburu tak nanti? ataupun dia suka dapat adik. Sebab tengok dia suka je cari kawan kalau pergi mana-mana pun.  Damia suka budak-budak kecik bawah dia. Mungkin dia rasa macam kakak-kakak gitu. kehkeh.
7.   Adakah penyakit suka upload gambar anak masih ada lagi dalam diri ni memandangkan dah masuk 2 orang anak. Takut kerajinan tu lari ntah ke mana. Ape la perangai. Mood upload gambar yang dirisaukan. Hihi.


Lain la rasa mengandung masa Damia dengan sekarang. Kalau dulu, mula-mula takde selera makan, makan pilih-pilih. Tapi lepas 4 bulan ke atas, ok je makan. Pastu kalau masak, mula-mula je tak boleh tapi dah lama-lama ok je. Tahap kerajinan mengemas dan buat kerja rumah pun mula-mula je malas. Pastu ok je.

Tapi kali ni, semua terbalik, Dah masuk 5 bulan lebih baru la sibuk nak loya-loya tekak masuk dapur, malas-malas-malaskan badan nak buat kerja rumah tapi tetap kena buat jugak, pastu makanan pun memilih. Aku kurang suka, kurang gemar dengan nasi sejak akhir-akhir ni. Tapi kali ni aku memang hantu buah-buahan. Damia la seronok tumpang sekaki.

Contohnya, last week dalam seminggu aku makan nasi dalam 3 kali je macam tu. Sabtu ahad, dua hari aku masak nasi . Hari Sabtu masak kari ayam dan brokoli + capsicum goreng sos tiram. Tapi aku cuma makan roti canai (sejuk beku punye) cicah dengan kari.  Esoknya hari Ahad aku masak soto ayam. Tapi aku makan nasi impit tu, dalam 2- 3 ketul kecik. Selebihnya aku makan roti cicah kuah sup ayam tu. Semalam hari Isnin, aku makan mi hailam, mintak suami 2 suap nasi je buat syarat makan nasi. Malam, takde la nak makan nasi.

Kalau orang tengok, mesti orang kata, "Cuba paksa jela diri makan nasi tu kan untuk baby". Tapi pada aku, kalau dah tengok nasi tu pun dah takde nafsu, macam mana boleh nak sumbat je nasi dalam mulut? Memang jawabnya keluar balik la nasi tu. Stress.

Berat pun memanjang kurang, kurang, kurang, kurang. Masa masuk 20 minggu, berat dah cecah 59kg. Pastu 22 minggu, naik 59.6kg. 24 minggu, turun jadi 59.1kg. 26 minggu turun lagi 58.3kg. Minggu lepas buat pemeriksaan sebab ada sikit turun darah masa 28 minggu. Bila suruh timbang makin turun 57kg tepat.
(Nak taip berat ni pun rujuk buku antenatal tau. haha)
 Pastu memanjang kena marah dengan nurse, doktor kalau pergi checkup sebab berat turun. Katanya berat makin kurang takut effect pada baby. Aku makan banyak je. Cuma takde selera makan nasi je. Tapi yang lain semua masuk je.

Setiap kali checkup dada dah berdebar sebab kena marah dengan nurse tu dah wajib. Kedua, kena amik darah kat tangan. Dah tak main cucuk hujung jari cek HB. Main amik darah satu tabung dah sekarang. Klinik Putrajaya sekarang macam tu. Lebam tangan yang dia cucuk 2 minggu lepas pun tak hilang lagi, tambah lagi dengan satu lagi cucuk. Macam tu la sampai bersalin nanti agaknya. Pastu HB memanjang rendah bawah 10. Normal adalah 11 dan ke atas. Nasib baik cek kencing manis dan darah tinggi hari tu takde. Alhamdulillah.

Kalau dari segi pergerakan baby, dah mula rasa sejak masuk 3 bulan lagi. Masa puasa hari tu lagi dah start rasa. Tapi rasa macam angin-angin la dalam perut. Tapi masuk 6 bulan, baby gerak je dah mula rasa sakit. Adakah normal? Aku pun tak tau. Tak terfikir pulak nak tanya doktor dan nurse. Sebab masa Damia masuk 9 bulan pun takde la rasa sakit macam ni bila baby gerak. Apa lagi sekarang dah masuk 7 bulan lebih. Gerak sikit, dah tarik nafas dalam. Sakit rasa macam nak terkoyak kulit perut. Ngeri ya amat. Macam tu la rasanya. Tak tipu. Haha.

Setiap kali scan, EDD mesti awal 3-4 minggu dari EDD yang dikira ikut last period.  Takpela, ikut la mana-mana pun. Get ready jela mana yang patut. Kalau betul baby dah tak sabar nak keluar awal, apa salahnya. hehe.

Sakit pinggang, memang jangan cakap. Orang yang pregnant dan pernah pregnant tau la macam mana seksanya. Nak tidur serba tak kena, sampai menangis pun ada. Tak pasal-pasal suami pulak yang rasa bersalah tengok bini menangis tiba-tiba. haha. Kali ni, sakit -pinggang tu dah berjangkit sampai ke tulang belakang dan punggung. Ada satu masa, kaki tak boleh gerak sebelah. Maksud aku, bukan tak boleh gerak langsung tapi nak gerak tu ambil masa sebab sakit sangat.

Tapi semua dugaan dan cubaan ni cuba sedaya upaya dilalui untuk melihat baby comel lahir ke dunia ni. Normal la sakit-sakit tu. Terima la dengan redha.

Oh lupa, masa mengandung Damia, aku suka minum air soya. Hari-hari kalau boleh nak minum soya. Dah macam ketagih gitu. Keluar je Damia, kulit cerah je tapi sekarang ni dah gelap sikit sebab dah banyak bawak main air, mandi manda tengah-tengah panas. haha. Kali ni pregnant, aku suka minum air milo. kalau boleh hari-hari nak milo. Jawapannya? tettttt! Hahaha.

Satu lagi, barang baby aku masih tak beli lagi walaupun dah diingatkan oleh nurse suruh beli dan packing siap-siap. Relaxxxx..... kalau terberanak awal, pandai-pandai la laki pegi beli barang time tu jugak. haha.

Jantina, ramai kata lelaki berdasarkan perut yang muncung ke depan. Kalau ikut hati aku mula-mula, ye nak gegirl lagi. Tapi takde la taksub sangat. Tak kisah la jantina ape pun yang penting sihat.

Mari upload gambar kakak Mia untuk disimpan dalam belogg mummy ni. Kang kalau terdelete, takde la menyesal tak sudah. hehe.

Kali ni, kita layan je kaka Mia sebab semua dia kata dia punya. Biasa la perangai anak sulong, berdasarkan pengalaman sendiri haha. Kita punye barang, kite punye. Adik punye barang, kita punye jugak. haha.
"Mummy, mummy! Ni, Mia nye (punye). Mia nye!" 


Dah boleh harap la nanti tolong tidurkan adik. Boleh la mummy rehat-rehat kejap. ye ke??
"Shhh. mummy, iam (diam). Baby ido (tido) Shhh."


Tengok gaya, macam boleh buat hal sendiri je nanti bila dah ada adik. Tapi puting kat mulut tu?

"Mia wat. ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ12345678910(nada pelat). Yea! Mia antai (pandai) Mia wat!"
Sekali aku pergi tengok buku dia, semua dia lukis bulat-bulat, lukis jellyfish, lukis garisan. mana ABC dan 123 nye? Menghafal kemain pandai.

Ada la ciri-ciri kakak penyayang tu. Dengan bebear pun boleh cium-cium, ape lagi kalau adik sendiri. harap-haraplah. :)
"Mummy! bebear omel! Mia omel!"
Ape yang comel, semua nak disamakan dengan diri dia. Dasar perasan lebih. Ni la akibat ajar anak cakap diri sendiri comel. Jangan sampai ke besar perangai tu cukup la. haha. Kang nanti sape je  nak berkawan dengan budak yang kuat perasan comel. Kehkeh.

Ada bakat nanti adik dia dah besar sikit, dia dandan adik dia pulak. Memang selalu jadi mangsa jela jawabnya.

Ada bakat jugak bila adik dah besar nanti, kena paksa dengan kakak dia jadi baby dan main masak-masak. Kalau perempuan takpe, tapi kalau lelaki?
"Ni mamam! pat (cepat)!" (dengan nada marah)


Ada harapan jugak jadi kakak sulong yang garang macam mummy kan. Eh, garang. Tak percaya, tanya adik-adik aku. Lagi garang dari suami aku. Maksud aku, garang dengan adik beradik jela. Haihh. Dengan orang lain, banyak pendam perasaan, simpan dalam hati. hihi.


Jangan la kakak Mia buat macam ni kat adik dia nanti. Kot-kot aku tengah mandi ke, tengah masak ke, sedar-sedar tengok adik dia dah takde kat tilam. Sekali tengok bilik belakang, ni kerjanya. Memang satu apartment kang dengar mummy jerit.

Bahaya jugak kaki kakak Mia ni. Suka buat kaki terajang macam ni. Awak buat la macam ni dengan adik. Kali ni bukan satu apartment dengar, satu Presint 5 kang dengar suara mummy jerit. Hebat tak. Haha.

Tapi kalau buat muka macam ni, tak sampai hati la mummy nak marah awak kakak Mia. Silap-silap, dua-dua tidur bawah ketiak aku. Tak sanggup tengok muka kesian dia. Haha.


Harap-harap kakak Mia jadi macam dalam gambar ni. Sejuk perut mummy tengok. hehe.

Tapi kita tak boleh harapkan yang tinggi-tinggi dan indah-indah sentiasa pasal anak. Normal la kalau mula-mula cemburu, pukul sana sini. Biasa la mula-mula nak terima orang baru. Tapi doa mummy mudah-mudahan senang la kakak Mia terima kenyataan dan permudahkan urusan mummy daddy ye anak-anak. Berat-beratkanlah tangan mummy pukul anak-anak dan berat-beratkanlah jugak mulut mummy nak marah anak-anak. Tengah marah, macam-macma boleh jadi. Siapa yang boleh jangka benda-benda macam ni. Mudah-mudahan mummy daddy dah sedia dari segi mental dan fizikal. 

Haihhh tak sabar nak tunggu yang kedua ni. Mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan. 

**banyak benooo perkataan "mudah-mudahan" dlm enry kali ni. Nampak benooo perasaan takut tu. Haha.