Friday, August 8, 2014

saki baki cerita puasa ada lagi.


Walaupun dah hari ke 12 berhari raya tapi cerita puasa ada lagi. kehkehkeh.
Minggu last puasa adalah minggu yang syok bagi aku sebab hari Khamis dah start cuti ghayooo. muahaha. Tapi duduk rumah bukan goyang kaki naaa. Dok mengemas rumah, yang bersepah, kemas baju nak balik kampung, basuh, sidai dan iron baju mana yang patut. Yang paling penting, masak tak boleh ponteng. Dah nama pun cuti jangan harap dapat makan luar. Urut-urut badan suami pun, jangan mimpi dapat makan luar. 

Inilah saki baki lauk yang dimasak :

Sambal kupang,dan ketam goreng. Damia makan nasi+ sup kosong + ketam saje.

Sambal telur rebus faveret sepanjang zaman. Kauuu. Aku tengok gambar ni je pun dah berbunyi perut aku tau. Pastu ayam goreng tepung, Telur dadar tu kalau nak, goreng sendiri. Damia hantu ayam goreng. So, ayam goreng dengan nasi putih pun boleh jadi.

Last menu berbuka yang dimasak oleh sayee. Tempe goreng sambal tapi x jadi garng pun. Ayam masak lemak cili api resepi ibu. Lauk Damia, Ayam masak halia. 

Kalau air masa berbuka, kalau tak beli bazar, memang memanjang la air asam faveret suami sayee.

Alhamdulillah ini saja rezeki berbuka di akhir-akhir ramadhan. Hari-hari lain sebelum cuti, beli la kat bazar sebab cafe dah tutup cuti raya.

Sekian.