Friday, September 20, 2013

Random photos.



Ini masa makan kt ayam penyet AP. Mommy tgh tulis menu, Damia sibuk makan pensel. Org kedai yg baik hati tu ternampak Damia makan pensel, cepat die bg aiskrim free semangkuk comel.  Berkali-kali ucap terima kasih. Bertambah la batuk si Damia ni dgn aiskrim. Pastu sibuk suap mommy makan. bile mommy suap die xnak plk mkn. Mommy ckp mcm ni je baru die nak makan, "Damia suap mommy, mommy makan. Mommy suap Damia, Damia pun kena la makan jgk"


Ni kerja org yg katenye demam tp bila sampai rumah, makan panadol tidur setengah jam terus sihat walafiat! Tu yg tetiba terajin kemas almari budak comel ni. mommy hantar gambar ni kt wechat Daddy. Boleh die kata " ingat tunjuk contoh almari ikea nak beli. rupa2nya almari Damia". Banyak rupanya baju anak dara aku ni bila dah digantung. Yg plastik 2 rak yg atas tu pun baju Damia jugak tp tu yg dah x muat, ada 1 beg lg yg belum muat sbb besar sgt. Yg tersusun kt luar tu semua yg Damia muat buat masa skrg.x lama lg kang yg cantik tersusun tu pun masuk beg jgk. 

4generasi. Ipad 1 berumur 3tahun, ipad mini berumur 6bulan, ip4 berumur 2 tahun 2 bulan iaitu sama anniversary kawin. Yg atas sekali xtau umur berapa.  tu Damia punye. Diperbuat drpd getah, tahan lasak, jatuh pun x rosak. Yg paling penting waterproooooffff maaaa! Bahahaha

Damia : why Daddy? Why?
Daddy : kenapa anak tatty (daddy) ni?
Damia : kenapa suka sgt amik gambar Damia ni? Nk jalan pun x sonang!
Daddy : sbb comel sgt!
Damia : Damia x suka la!
Daddy : Kalau xsuka kenapa pandang camera  senyum?
Damia : Senyum kan satu sedekah.
Daddy : ~__~


Mommy : Damia, mana coolfever kat dahi Damia??
Damia : ehhhhhh. (Pegang dahi) nananananananana (mulut bising sambil tarik tgn mommy)

Damia dengan berlagaknya tarik tangan mommy bawak kat bear tu sambil melambai.
Bertuah punye anak. Mommy pakaikan die, sibok bear tu jgk yg die risaukan. Pastu kejap2 main, kejap2 pegi kat bear tu pegang pipi dan dahi bear tu. alahai caring betul anak mommy ni. Jelessss-_-"

Fuyoo! Daddy menang pakaian tercantik ikot tema colourful katanye. Bangga je die cerita masa balik kerja. Tp paling best masa mommy tunjuk Damia gambar Daddy ni. Tergelak2 die. Lepas tu pegi bilik tengah amik belt dress mommy yg tersedia kt lantai, letak kat leher diee. Pastu tunjuk balik gambar Daddy gelak2. Sakit perut gelakkan Damia malam td. Comel jee. 

Tau x dah upload baru perasan muka Damia bukan main garang lg dlm gambar ni. Cba tgk caption tu. Mommy salah letak caption la Damia. Sepatutnya caption yg sesuai adalah,"awas! Jangan berani kacau mommy saya!" 

satu lg ada org tanya kenapa letak Hashtag #damiaezanee ? Ezanee tu nama sape plk? Aiyooo makcik jawabkan ye. Nama penuh Daddy Damia ialah Edinoor Ezanee bin Mohammad. Ada paham mana dtg nama Ezanee tu? Hehe. 

Balik kampung hari tu sempat melawat kawan masa sekolah menengah dulu. Baru lepas bersalin dapat boboy. Yg pertama gegirl umur sama dengan Damia. Tahniah amal. Kalau ikotkan, skrg ni mesti aku dlm pantang sesama dgn si amal ni. Kalau nak tau, kitorg punye due date anak pertama sama oaitu 7.4.2012 tp Damia terawal 4 hari . Anak amal, ainaa plk tepat2 masa due date. Anak kedua ni pun lebih kurang je due date tp xde rezeki. Comel kan? Eee gerammm!