Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Suami : Syg, nak bgtau ni.
Isteri : Ape b?
Suami : Sini la. Nak cakap.
Isteri : Kan tengah susukan Anna ni. Cakap jela.
Suami : Sini la. Nak cakap.
Isteri : Kan tengah susukan Anna ni. Cakap jela.
Suami : Hari ni Bb bawak Damia nak pergi bengkel tukar break pad, pastu servis sekali. Nnti nak balik kampung bahaya. Esok........ Bb bawak hny makan Seoul Garden nak? Sempena Hari Ibu.
Isteri : ...................... Hehe *malu2 taik kucing.
Gila ke ape tolak pelawaan suami makan luar.. Tak pasal-pasal dapat cuti memasak. Kekeke.
Gila ke ape tolak pelawaan suami makan luar.. Tak pasal-pasal dapat cuti memasak. Kekeke.
Dah hampir setahun tak makan sini sejak mengandungkan Anna 3 bulan lebih kurang. Kali ni, duduk dalam tu dekat 2 jam lebih. Dah bayar haruslah kena duduk lama sikit bagi puas makan.
"Mummy, macam sedap je tengok makanan tu. Boleh tak Anna langgar pantang kejap? Meleleh air liur ni."
"EH! Tak jadi la mummy. Makan tangan lagi nyam nyam. Slurrp slurrpp! Cupp cupppp!"
*hisap tangan, air liur banjir*
Sebenarnya, Kakak Mia demam masa ni. Kesian dia. Makan pun kurang selera. Nak baring je kerjanya. Makan sikit, pastu kata dah kenyang.
Setiap orang ada cara tersendiri sambut Hari Ibu. Ada yang dapat bunga, dapat hadiah handbag kasut mahaiiii, pergi berjalan-jalan, ada yang dapat wish dan kata-kata cinta dari suami. kekeke. Yang tak sambut, bukan bermakna suami lupa pada pengorbanan dan jasa isterinya. Bukan wajib pun sambut Hari Ibu. Terpulang pada masing-masing.
Macam aku, tahun sebelum dan sebelum dan sebelum ni, dapat wishh dan kekishh masa bangun tidur je. Ok la tu suami ingat. Sepanjang jadi isteri ni, belum pernah lagi aku hentak-hentak kaki, merajuk, tak bertegur sapa bila suami tak beli hadiah Hari Ibu, Hari Jadi, Anniversary. Tak pernah mintak pun. Mintak dijauhkan penyakit begitu. .
Tapi kan, kadang-kadang tu ada jugak jeling-jeling mata bila suami balik kerja. Mana tau tiba-tiba ada surprise. muahaha.. Mana la tau ada kan. Bila tengok takde, balik semula pada kenyataan dan terima segalanya dan seadanya. Tapi itu bukan mintak tau. hehe.
Pape pun, terima kasih suami, love u chooooo mush. ;*
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Selamat Hari Ibu kepada diri sendiri hehe, Ibu dan Mak! Pengorbanan seorang ibu teramat besar dan harus besyukur kita punya ibu dan mak yang sanggup bersusah payah membesarkan dan mendidik kita. Hargailah pengorbanan ibu kita.
Pada hakikatnya, setiap hari sebenarnya hari kita menyayangi ibu. Tak perlu Hari Ibu baru nak cium peluk. Tak lupa juga kepada ayah.
Sekian.......
*kekishhhh bahasa omputih yang dirosakkan oleh Ain yang bermaksud kiss. hehe.