Tuesday, April 7, 2015

Hari minggu kakak Mia bersama Haziq

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Hari Ahad lepas mummy daddy bawak kakak Mia pergi main Kidz Paradise, The Mines sempena birthday kakak Mia. Mmg dah lama tak pergi situ. Rasanya sejak mummy mula pregnant. Kesian dia. Lebih meriah kali ni sebab Dila and family sama-sama join. 

Mmg seronok la dia main kat situ. Lebih-lebih lagi kakak Mia ada kawan, Haziq yang sebaya dengan dia tu. Memang menjadi la mood dia main. Tak ingat mummy langsung. Mummy pun tumpang gembira bila tengok anak mummy ni gembira sakan. 

Tiket masuk weekdays RM28.
Tiket masuk weekend,school holidays dan public holidays RM40.

kidzparadise.com.my

Kami pegi hari Ahad, RM40 la. Sebelum ni, RM38 je.  Stokin memasing dah bawak siap-siap dari rumah. Kalau tak, stokin sepasang RM4. 

Kat sini ada baby room. So, memang kerja mummy ulang alik je la pegi baby room bf kan adik Anna ni. Alhamdulillah adik Anna baik je sepanjang hari. Agak bosan tunggu diorang main. Nasib baik Dila ada jadi teman gosip. Kalau tak, mati kutu aku. Dah la line dalam tu mcm pffftt x boleh guna internet. Wifi pun problem. Apo la.

Tak best la sebab lupa nak wefie atau selfie. Kekeke.









Elok je budak berdua ni main sama2. Kelakar bila dgr diorang bebual. Best jadi budak kecik ni. Senang berkawan. Kalau gaduh pun, depan-depan. Pastu baik semula. Kekeke

Lepas dah beberapa jam dalam tu, pegi makan kat chicken rice shop.





Kemain budak berdua ni. Tgh gaduh, dapat aiskrim terus jadi kawan balik. 

Lepas makan, beli barang rumah jap, dan balik. Kakak Mia kepenatan terus tidur dalam kereta. 

Itu sahaja. Sekian:)