Friday, October 19, 2012

Demam plok.


khamis lepas,
ambil Damia di rumah pengasuh. Pengasuh dengan muka cemas terus inform.

"Ain, hari ni dia tak mau menyusu la. tidur pun tak nyenyak. sekejap dah bangun. ni rasanya dia demam ni sbb badan panas. mungkin malam ni lg teruk."

ah! sudah demam plk. benda pertama yang aku pikir, coolfever! nasib baik mmg ada simpan dlm pnk box  Damia. cepat guna forehead thermometer. 38.5. confirm demam. cepat2 pakai coolfever. 

malam tu dari masa ambil dia kat rumah pengasuh lemah je. buat lawak bodoh pun tak nak layan. kalau tak dia la yg gelak2 sakan. baringkan dia kat tilam pun tak nak main pastu merengek je. time tu la aku try jd super mummy. tangan sebelah dukung Damia sebelah lg masak bubur Damia, buat susu, masak nasi makan malam. tp setengah jam lepas pakai coolfever, badan rasa dah surut skit. 

time ni la tiba2 dia jd aktif. serius tak pernah seaktif ni,  lepaskan dia kat ruang permainan dia terus ligat gerak sana sini. tarik patung tu patung ni, Dia main angkat2 bontot pastu mengensot balik sana sini, Suami just perhatikan je anak die takut die pegi mengensot ke lantai plk. tapi die punya aktif sampai jam 12 tgh malam baru tido. Itupun aku dah bukakkan cerita upin ipin tak nak bagi die merayau sana sini, aku dan suami dah tak sedar diri. tiba2 dengan dia nangis beri susu then terus tido tanpa buaian. 

Alhamdulillah! tidur juga anak mummy ni!