Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tajuk dah menceritakan segalanya. wahwahwah. Ape taknya, Program Menambah Lemak telah dilaksanakan dengan jayanya.
..................................................................................................
Hari Sabtu bangun tidur lebih kurang pukul 11. Eh itu Damia yang bangun pukul 11. Kitorang 10 dah bangun. Terus bersiap-siap nak pergi Seremban 2 rumah Mak Teh ada kenduri akikah. Sebelum gerak, dah siapkan roti kapit telur dengan mayo sebab takut perut Damia masuk angin. Sampai rumah Mak Teh, makan la dengan macam-macam makanan yang dihidangkan. Pastu makan kuih berulang-ulang. Balik dalam jam 6 petang macam tu, mak dah siap tolong tapau makanan untuk makan kat rumah. Untuk umah mak dan untuk kitorang sekali. Aku bab tapau-tapau makanan ni pemalu sikit lebih-lebih lagi rumah sedara mara. Kalau takde orang tapaukan, aku senyap jela. Tapi kalau kat rumah sendiri, tak payah tunggu ibu ayah tanya, aku yang offer diri nak tapau itu ini. Hahaha.

Gambar atas ni masa kenduri akikah tu. Mula-mula geng dengan wan main pingpong. Biasa la mula-mula takde geng. Wan la yang jadi mangsa teman dia main. Sekali datang anis ni, terus jadi geng sampai la masa balik.
Sampai rumah, makan jela yang ditapau. Damia punye lauk, aku gorengkan ikan kerisi dan telur. Sayur campur kenduri tadi ada kan. Laju je budak kecik tu makan. Aku amik nasi separuh pinggan ingat untuk aku sekali. Last-last, dia pulak yang habiskan.
Pastu makan buah oren. Duduk la melepak kat depan tv. Sekali sekala teman la Damia main kat bilik belakang. Layan dia berjoget, menyanyi, melukis, bercakap, main masak-masak, bergusti. Lebih kurang jam 1 pagi baru la masuk bilik tidur dan TIDUR.

...............................................................................................................
Hari Ahad adalah hari yang paling malas dan tak ke mana-mana. Nak bawak Damia keluar pergi bersuka ria pun malas nak tukar baju, sarung tudung. Last-last duduk la umah satu hari. Lagipun, kat luar gelap macam nak hujan tambahan berdebu macam jerebu je aku tengok. Tak berani la aku nak bawak Damia main luar. (kalau dah malas, macam-macam alasan yang keluar). kehkehkeh.
So bangun tidur dalam jam 10 lebih pagi macam tu, terus pergi dapur memasak memandangkan si Damia asyik berdiri kat dapur, "Mummy, mamam. nak mamam". Geram pun ada jugak bila dia kata gitu sebab kelam kabut jadinya bila dia dah kata nak makan. Tu mest lapar kan. Tengah masak lunch, teringin pulak tekak nak makan kuih lopes. Mintak la tolong suami potongkan buah melaka. Dah dua beranak ni sental gula melaka makan mentah-mentah.
Siap je masak, orang pertama yang duduk kat meja makan adalah :
Damia hantu buah-buahan terutama buah oren. Nampak je atas meja terus jerit, "nak imau! uah! nak!" (nak limau! buah! nak)
Tengahari masak simple je. Sambal udang peberet sepanjang zaman, sayur sawi goreng belacan dan ayam goreng. Pastu buat air buah dalam tin tu, minum sejuk-sejuk. Memang jawapannya, aku kenyang minum air dengan buah tu je. hehe.
Lepas makan nasi, teman kakak Damia main kejap, pastu guling-guling kat katil masing-masing. Jawapannya, TIDUR la dalam kekenyangan. Tapi kalau waktu tidur petang ni, suami dan anak je yang selalu tidur sebab aku ni payah sangat nak lelap mata bila diorang dah tidur. Tapi bila diorang dah bangun, time tu la mata nak lelap. Jadinya, aku la orang yang merasmikan kuih lopes yang dimasak tadi.
Eh, jangan pelik kuih lopes ni memang takde kelapa sebab aku TAK SUKA kelapa. Sangat tak suka. Sebab nanti makan terasa tersekat-sekat kelapa kat tekak. Hissshhh. Rosak resepi turun temurun kuih lopes ni aku kerjakan. hehehe.
Bangun je dua beranak tu, buat jemput-jemput udang dengan bawang. Guna udang putih je. Cicah sos, minum air teh. Air teh tu aku dengan Damia je. Daddynye memanjang la nescafe.
Ingatkan makan jemput-jemput ni dah kenyang. Bila tanya suami malam nak makan nasi ke tak, jawapannya laju kata nak nasi. Masak nasi, Damia makan banyak. Separuh pinggan yang aku selalu makan tu, Damia boleh habis makan. Tapi ada la baki sikit-sikit nasi tu. Kemain lagi. Daddynye, lauk memang sangat menggemukkan. Dah ada udang dan sayur, nak ayam. Dah ada ayam, nak telur. Sekali 4 lauk dia makan. Jangan la marah kalau orang tegur awak dah gem-gem ye B.
Lepas makan nasi, lepak-lepak kat bilik belakang teman Damia main. Kali ni Daddy pulak yang layan Damia main kali ni. Siap buat video call dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik Damia. Aku mampu dengar dari jauh je. Bukan tengok ye sebab mata dah tertutup masa tu. haha.. Dah tak larat dah. Letak je kepala kat katil situ terus terlelap. Muahaha. Jam 11 lebih malam aku terbangun terus ajak diorang masuk biilik tidur dan TIDUR!
Ini sahaja Program Menambah Lemak kami. Sekian.