Friday, June 12, 2015

Damia Nur Arianna juga dikenali sebagai Emon.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Hai budak Emon! 
Kakak Mia bagi Anna nama manja, Emon sebab masa pantang kakak Mia hari-hari tengok kartun Doraemon. Bila dia tengok Doraemon mesti dia kata Baby Anna Emon. Hahaha. Mungkin dia tengok sama bulat kot. Pastu dia Nobita. Tolong la jangan. Dah la Nobita tu si pemalas. 

Hai anak mummy yang sorang ni, Sekejap je umur awak 4 bulan 3 minggu, Lagi beberapa hari dah masuk 5 bulan pulak. Kejap betul masa berlalu. 

Genap Anna 2 bulan dia dah meniarap dan sekarang ni suka meniarap angkat-angkat bontot. Pusing-pusing tak lagi. Dia suka meniarap pastu bila penat, baring je dalam keadaan meniarap. Nak pusing balik, jangan harap. Nak jerit-jerit jugak suruh orang pusingkan dia. 

Genap 3 bulan, dia dah mula capai-capai objek. Letak mainan atau ape-ape barang yang  tarik perhatian dia, dia akan cuba capai sampai la dapat.

Pastu Anna suka tengok kakak Mia. Lagi-lagi kalau kakak Mia berbual dengan kita, dia tengok sambil senyum-senyum sorang-sorang. Bila Kakak Mia tegur dia, mula la suara Anna macam tarzan. Gelak pun nak jerit-jerit. Excited betul budak kecik ni bila tgk kakak dia. 

Lebih-lebih lagi kalau Daddy dia dukung, pastu acah-acah kejar kakak Mia atau kakak Mia berlakon jadi harimau, hamboi kemain suara satu apartment dengar. Ok tipu. Dalam rumah je.  Suka kemain. Gelak sakan. Pastu bila penat, merengek nak susu dan tidur. Haiiii senangnya la jadi baby ni kan. Penat, susu, tidur.

Anak-anak ni pandai. Bila main cari Daddy. Nak tidur, nak susu baru la say "hi!" kat mummy. -_-

Alhamdulillah rezeki Anna murah. Masih lagi minum EBM. Rezeki Anna dalam penyusuan ni lebih sikit dari kakak Mia. Sebab Kakak Mia masuk 4 bulan dah taknak dah breastfeeding ni.
Mcm biasa la bekalkan EBM kat pengasuh 4/5 botol ikut pada kemampuan. Setiap botol pulak ada 3oz EBM. Malam pulak direct breastfeeding. Kalau bagi botol, memang jerit satu rumah taknak 😓


Anna, jangan risau. Mummy dan kakak Mia akan wariskan bakat semulajadi kami seperti main anak patung, main masak-masak, makeu-up2, main barbie, main mak-mak dan lain-lain lagi. Kekeke.


Pastu, sekarang ni dia dah mula minat dengan makanan. Kita hidang depan dia, dia tengok je. Mulut buat macam tengah makan something padahal tak suap pun makanan tu. Tetiba dengan je bunyi curp curp dr mulut dia. Sumpah kesian tengok. Tapi apa boleh buat, awak tak boleh makan lagi sayang.

Tidur malam setakat ni mudah dan senang. Bangun malam sekali je dan selalunya tidur nyenyak sampai ke pagi. Alhamdulillah setakat ni. Tapi tak boleh nak kata jugak sbb jadual tidur budak pun boleh berubah. Kena la sedia dari segi mental dan fizikal 👍


Kalau aku nak masak, selalu letak dalam baby cot ni. Sekali kakak dia sibuk pulak nak jugak duduk situ. Tahan la dalam sejam jgk tak nangis. Selalunya dah siap masak baru nak merengek. Kakak dia skrg ni dah boleh harap jaga adik. Adik nangis, bagi mainan, buat-buat sergah. Pandai dia bagi adik dia leka sementara mummy masak. Tapi kalau mood si kecik ni ke laut, tak jalan jgk semua tu 😑













"Apekah gerangan binatang warna warni ni? Uuuuu woww" 



"Mummy, i got it!" 💁



"Hmm not again... Why don't you give me some privacy? Pls!"







Akhir sekali.............................



"Jangan kata adik tak payung! 😏"
-ayat paling mintak kaki-

Sekian.