Monday, March 30, 2015

Berangan lebih ni.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kita kalau nak berangan tak salah. Aku pun suka berangan yang bukan-bukan lebih-lebih lagi kalau tak dapat tidur. Berangan je yang boleh buat kita mengantuk. Berangan duduk rumah baru, kereta baru, pergi melancong sana sini. Berangan yang paling aku takut, berangan anak 10 orang. Kekeke.

Tapi, pada pendapat aku sendiri la, nak berangan memang tak salah tapi tengok-tengok la kemampuan diri tu setakat mana. Jangan la sampai menyusahkan diri sendiri.  Sebagai contoh, nak kejar nak punya rumah sendiri punya pasal, makan untuk anak-anak pun berkira-kira. Kesian anak-anak tu. Eh tetiba. Haha.

Takkan kerja sebagai penjawat awam berangan nak ada rumah besar 30 buah. 
Boleh jadi kalau kita berusaha tapi mungkin makan masa. 

Pape pun jangan jadi macam kisah di bawah.


1 minit pertama,

"Aku kena fikir macam mana nak keluar dari baby cot ni. Kena bertindak pantas sebelum musuh nampak."

5 minit kemudian,

"Aduh, macam mana aku nak keluar kalau meniarap pun tak lepas lagi. Kenapa aku boleh lupa semua ni?"

Kan?

Memang takde kaitan pun. 

Ini semua cerita mengarut sebab kebosanan. Haha. Bye.