Wednesday, October 8, 2014

Hari Raya Haji dan Hari Lahir :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Penat mengharungi traffic jam dari tol tangkak sampai Seremban tak hilang lagi. Bertolak jam 5 petang lebih kurang, sampai Putrajaya jam 12.15 malam. Makk aii! Sakit pinggang jangan cakap. macam nak patah je rasa. Bila dah sakit pinggang, confirm la tulang belakang pun sakit. Yang si comel dalam perut pulak tak habis-habis nak menendang, bergerak. Naik senak perut. Haihhh. macam-macam.



sambung cerita Raya Haji.



Sambutan Hari Raya Haji kali ni di Yong Peng. Macam biasa la bangun pagi-pagi, yang lelaki pergi solat raya, yang perempuan siapkan makanan. Eh, aku tak tolong siapkan makanan tapi tolong kemas rumah, vakum dan sapu pape yang patut. Menu pagi tu ibu buat nasi lemak ada telur dan ayam goreng rempah. Lagipun rumah makngah pun ada masak nasi impit, kuah lodeh, sambal kacang, laksa johor. Sodapp makanan raya haji ni. Nasi lemak sampai berulang-ulang aku makan. Badan pun menjadi-jadi la naik jawabnya. kehkehkeh.

Asalnya nak datang awal rumah makngah sebab konon nak tengok la orang sembelih lembu tapi perut meragam pulak. Nak membuang tapi tak boleh. Memulas memanjang. Terpaksa batalkan niat dan datang la lewat. Sampai je rumah makngah, yang lelaki semua dah sibuk bersihkan lantai. Aikk? dah siap? Hehehe.

Lepas makan, lepak-lepak jap, balik rumah, tidur. Semua tidur kecuali aku sebab mata time tu pulak tak boleh nak tidur. Kononnya lepas Asar nak keluar pegi buat maternity photoshoot. Dengan adik sendiri je pun. kehkehkeh.Tapi tengok semua dah macam ape tidur, tak sampai hati nak kejut. Penat semalam pun tak hilang lagi kan.

Itu je cerita raya haji tahun ni. Simple je kan.

Keesokan harinya, hari isnin, aku pergi tumpang minum air gula di Klinik Kesihatan Yong Peng. Seronok la kat klinik tu sebab tak ramai orang. Yang lepas masa aku tumpang checkup masa raya aidilftri pun tak ramai orang. Sampai-sampai dah kena amik darah. Pastu kencing dan minum air gula. OUh, first time minum air gula sepanjang mengandung. Masa Damia dulu muda lagi tak kena minum air gula. Sekarang dah tuaaa? eh. hehehe. Lepas minum air gula, nurse bagi balik dulu sebab rumah dekat. Dalam kul 11 datang semula.

Aku pun balik la rumah niat nak amik Damia dan angah sebab dia sibuk sangat nak beli kek. Pergi satu kedai kek ni, serius ada lebih kurang 6-7 jenis kek je. Tak banyak pilihan. Banyak-banyak kedai kek semua tutup. Amik jela apa yang ada.


Kek untuk siapa sebenarnya? jengjengjeng.


Kalau tengok gambar-gambar ni mesti orang ingat birthday Damia. Dah la buli kitorang nyanyi lagi birthday untuk dia sampai 5-6 kali. Nyalakan lilin, nyanyi lagu birthday, tiup lilin pastu nyalakan lilin balik dan seterusnya. Begitu la dia buat siaran ulangan sampai 5-6 kali. Pastu muka girang gembira sebab orang tepuk nyanyi lagu birthday untuk dia. Bertuah punya anak.


Eh EH? Ni birthday siapa sebenarnya ni?







Sebenarnya, kek ni untuk ibu dan kakak .

Kalau diikutkan birthday ibu 23hb dan kakak pulak 28hb Oktober. Saje sambut awal kot-kot tak dapat balik pulak hujung bulan ni. Kalau tiba-tiba balik, kita sambut la lagi. Itupun kalau aku rajin nak keluar rumah. kehkehkeh.










Selamat Hari Jadi untuk Ibu yang ke 47 tahun dan Kakak yang ke 16 tahun. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di samping orang-orang yang tersayang. Along, Abang Long dan DamiaNF sayang Ibu dan Kakak. 


Untuk pengetahuan juga, bulan 10 ni juga bulan kelahiran untuk Mak, Abah dan Angah. Kalau tak silap tadi tanya suami, hehe birthday Abah 3 Oktober. Birthday Mak dan Angah sama iaitu 8 Oktober. Eh, hari ni la.
Selamat Hari Jadi Mak yang ke 57 tahun, Abah yang 59 tahun dan Angah yang 30 tahun. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada di samping orang-orang yang tersayang. Along, Ain dan DamiaNF sayang Mak dan Abah. Kalau Angah pulak, biarlah awek dia yang ucap sayang-sayang tu. hehe.