Wednesday, August 13, 2014

Bila hari hujan, bila malas masak.

Sejak kebelakangan ni, hujan makin menjadi tak kira siang dan malam. Tapi yang pelik, hari Sabtu Ahad tu takde pulak hujan turun. Saje kan.

Hari Isnin, amik Damia dari rumah pengasuh dalam keadaan hujan lebat sekali petir kilat semua. Damia ni dah lah sama penakut dengan petir macam mummy dia. Dah masing-masing duduk depan tv berpeluk tunggu hujan berhenti. Daddynya baru call kata balik lewat sikit sebab kat sana pun hujan kilat. Parahh parahhh! Cepan la hujan berhenti. Huahua

Bila dah reda sikit hujan, tetiba perut lapar pulak. Tapi malas nak masak. Nasib baik ada roti. Buka 2 keping cheese kapitkan dengan roti, pastu celup telur. Panaskan kuali leper yang sellau goreng lempeng tu, cairkan planta dan masaklah roti atas kuali. Buat 4 keping je sebab ingat budak kecik ni tak suka makan. Sekali bila makan, berebut dengan budak kecik ni. Nak sampai roti last ni, tangan aku laju je nak amik. Sekali tangan aku kena tepis dengan kakak Damia sambil menjerit, "no no no!"

Hamboii kemain garang lagi. memang konfem la aku yang kena mengalah. Takpe aku tunggu sampai dia taknak. Damia ni bukan makan sangat pun tapi dengki je lebih ni. Tunggu punya tunggu aku rasa macam dah lama sangat je aku pun tanya la, "Kakak, mummy nak roti sikit boleh?" Damia senyum-senyum kata, " abiss!"

Aikk pelik pulak bila budak kecik ni boleh habis makan. Rasanya masa amik dia pengasuh kata Damia baru lepas makan nasi. Lapar kot sebab hujan. Takpela. ku nak pergi masak lagi memang malas. Kitorang makan jela kuih raya yang ada. Haha.


Malamnya, masing-masing lapar. Sangat malas nak masak tapi tetiba aku pulak teringin nak makan murtabak maggi. Tapi taknak sayur, bawang dan lain-lain. Nak kosong je. Gagahkan diri pergi dapur. Rebus maggi 2 bungkus, pecah telur kacau sekali dengan perencah maggi kari pastu masuk maggi yang dah rebus dalam telur tadi. Pastu panggil suami, suami tolong masak dalam kuali ajaib dan siap.

 Tak terhabis makan 3 beranak murtabak maggi ni. Terkial-kial nak habiskan sebab dah kenyang. Macam membazir pun ada jugak aku pikir. Tapi aku mana reti nak agak banyak mana nak masak. Takpela. Lepas ni dah tau la masak rebus sebungkus maggi sahaja pun dah cukup.


Siap guna dulang sebab takde pinggan besar yang boleh menampung murtabak ni. Haha.