Wednesday, October 31, 2012

Damia 7 bulan :)


3 Julai ni genap la Damia Nur Farysha masuk 7 bulan. kejap je masa berlalu. Dah besar anak mummy daddy ni. setakat ni alhamdulillah Damia sihat. kalau demam2 tu biasa la. Biasa2 pn mummy daddy risau dah mcm ape. Mummy nak Damia always sihat. *gedik plk ayat ko hoiii!


  1. Damia dah pandai mengemas. cantik je die selerakkan patung2 kat playground die. Mummy x marah, cuma geram je. :)
  2. Kalau dulu Damia makan biskut mesti tersedak2 dan makan pn sikit2. 1jam baru habis. sekarang ni, bagi satu biskut  15-20 minit dah habis biskut tu. Dulu aku bagi brand heinz tp aku tgk Damai mcm tersedak2 je. so skrg aku tukar brand milna. sedap sgt uolls! sehingga menjilat jari. *mummy pn tumpang makan :)
  3. Damia sekarang mcm biskut. kejap ada, kejap xde. ntah mane je die mengensot. pastu daripada jauh nampak die angkat2 bontot. comel!
  4. Suka main dgn daddy tp bile mummy lalu depan die je mula buat suara mengada2 angkat tangan kat mummy. nk mummy dukung die lettew!
  5. Mummy Daddy suke main sergah2 Damia, main kejar Damia tp bile malam mesti Damia x tidur nyenyak, ada kaitan ke? mummy sanggup teman Damia tp sorry ye Damia kalau mummy tiba2 tertumbang (tido) :)
  6. Kalau Damia xnak sesuatu tu, dah pandai tolak guna tangan. Contoh : Hari tu mummy bagi Damia makan ubat. minum skit terus xnak. dengan slumber die tutup mulut die dan tangan die mula tepis2 tangan kite yg ada ubat ni. pastu paksa jugak die minum. dah habis ubat tu masukmummy tepuk tangan kat Damia dengan riang sambil ckp, "Damia pandai makan ubat!" . x sampai seminit mummy tepuk tangan kat Damia, Damia keluarkan lidah dan buang ubat tu. apakah?
  7. Damia dah makan bubur. mcm2 aku letak. tp makanan wajib dlm bubur tu adalah kentang dan kurma. 


setakat ni, ini je kot perkembangan Damia, Damia cepat2 la jalan. nti boleh shopping2 dgn mummy. nnti mummy boleh beli kasut cantik2 utk Damia. barulah aku tau cmne bestnye perasaan bile ada anak. layan kernah mcm2, tgk perkembangan die. balik kerja terus hilang penat tgk anak mummy ni.

tau x ramai sungguh tanya aku bile nak tambah lg. aku jawab, " i'allah tiada penambahan lg buat masa ni. tp kalau dah ada rezeki teima je seadanya"

sekian.




p/s : mummy sayang Damia. daddy pun sayang Damia jugak ♥