Saturday, September 15, 2012

Innocence of Islam




Seluruh dunia Islam sekarang dilanda kemarahan di atas penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad. Di beberapa negara terutamanya di Asia Barat dan jiran kita di Indonesia sudah melakukan tunjuk perasaan memprotes filem ini. Kita di Malaysia bagaimana? Masih lagikah sibuk dengan Gangnam Style yang tak senonoh tu?
Filem Innocence of Islam
Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.
Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam.
Siapa itu Sam Bacile?
Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan
keburukan Islam kepada dunia.
Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.


p/s : mcm2 cara nak menjatuhkan Islam! Istighfar byk2 .